Sebanyak 60,000 pek makanan disediakan untuk jemaah haji Malaysia ketika ibadah Masyair di Arafah dan Mina minggu depan bagi memudahkan urusan penyediaan makanan, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abd Rahman.
Beliau berkata penyediaan pek 'makanan sedia dimakan' itu hanya melibatkan tiga hidangan pada musim haji kali ini iaitu makan malam pada 9 Zulhijjah (10 Ogos) di Arafah serta dua hidangan di Mina iaitu makan malam pada 12 Zulhijjah (13 Ogos) dan makan tengah hari pada 13 Zulhijjah (14 Ogos).
"Pada 9 Zulhijjah semua jemaah akan dapatkan sajian ini, manakala bagi 12 dan 13 Zulhijjah kita sediakan (untuk) mereka yang membuat Nafar Thani iaitu kira-kira separuh daripada jemaah haji kita yang akan berada di Mina.
"Ini penambahbaikan kita cuba buat tahun ini, jika ia berjaya dan mendapat maklum balas yang baik daripada jemaah haji, petugas dan muassasah nanti, kita akan teruskan dengan meningkatkan jumlah sajian pada masa akan datang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Terdahulu, Syed Saleh bersama petugas Lembaga Tabung Haji (TH) serta kumpulan media Malaysia melakukan lawatan ke kilang 'makanan sedia dimakan' milik Taj Food yang membekalkan pek makanan untuk jemaah haji Malaysia.
Turut hadir Pengerusi Taj Food Jameel Sulaiman Bondagji.
Syed Saleh berkata pihaknya masih berbincang dengan muassasah dan kilang pengeluar makanan terlibat bagi menu sajian namun berdasarkan perbincangan awal, pada 9 Zulhijjah jemaah akan menikmati kari ayam, 12 Zulhijjah (ayam tikka masala) dan 13 Zulhijjah masih belum diputuskan.
Beliau berkata pek makanan itu akan memudahkan operasi penyediaan makanan untuk jemaah haji kerana ia hanya perlu dipanaskan selama 10 minit tanpa perlu menyediakan dapur lengkap dengan petugas untuk memasak.
"Pek ini boleh bertahan sehingga dua tahun dan apabila dibuka boleh dimakan dalam tempoh dua jam, kita telah uji rasa makanan disediakan ini, ia sedap dan baunya seperti makanan biasa, ia amat sesuai digunakan semasa di Arafah dan Mina nanti," katanya.
Musim haji tahun ini menyaksikan 30,200 jemaah haji Malaysia bakal mengerjakan rukun Islam kelima itu dibantu 640 petugas TH.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 03 2019
Syed Saleh (tiga, kanan) melihat makanan disediakan daripada pek makanan 'ready to eat meals' di kilang Taj Food di Jeddah, 3 Ogos, 2019. -- fotoBERNAMA
Pemandu bas ekspres buat 'live' TikTok kena saman
Mereka dikesan melakukan kesalahan itu dalam Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) bermula 1 hingga 20 April lepas.
Nahas helikopter Lumut: DUN Sabah bertafakur seminit hormati mangsa
Ucapan takziah itu disampaikan Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Al Hambra Tun Juhar sebelum memulakan sesi soal jawab pada sidang DUN.
Nahas helikopter Lumut: Pas puji tindakan pantas Menteri Pertahanan
PAS memuji tindakan pantas Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam mengendalikan tragedi dua helikopter terhempas yang mengorbankan 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysi
Suspek kes tembak di KLIA berdepan tujuh pertuduhan
Hafizul Hhawari mohon dibicarakan terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Warga emas hidup 'berteman' lebih 2 tan sampah
Sudah menjadi tabiat lelaki ini yang hidup sebatang kara mengumpul sampah di dalam dan luar rumahnya tetapi bukan untuk dijual.
Nahas helikopter Lumut: Lori bawa 10 keranda tiba di Jabatan Forensik HRPB
Kesemua 10 jenazah akan dibawa ke Batalion 23 Rejimen Askar Melayu Diraja, Ipoh bagi istiadat rasmi sebaik proses bedah siasat selesai.
Piala Asia B-23: "Saya bermain dengan teruk dalam setiap perlawanan" - Mukhairi Ajmal
Ketua pasukan Harimau Muda kecewa dengan prestasi sendiri sepanjang Piala Asia B-23.
Niaga AWANI: KL20: MyDIGITAL tingkat daya saing ekosistem startup
Ketua Pegawai Eksekutif, MyDIGITAL, Fabian Bigar berkongsi pandangan beliau berkenaan pembangunan ekosistem startup di Malaysia dan peranan MyDIGITAL dalam usaha tersebut seiring penganjuran KL20 baru-baru ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Mansuhkan undang-undang yang menindas hak asasi
Hakisan ruang sivik di Malaysia seperti yang dilaporkan dan tindakan keras yang diambil terhadap kebebasan asasi menuntut tindakan segera daripada kerajaan.
Niaga AWANI: Strategi pelaburan graduan muda di sebalik tekanan inflasi
Pensyarah Kanan, Sekolah Perniagaan Dan Ekonomi, UPM, Dr. Lau Wei Theng berkongsi tentang bagaimana graduan di Malaysia boleh meningkatkan literasi pelaburan di sebalik prospek ekonomi yang tidak menentu.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Alif Satar berjodoh dengan Faizal Tahir, tunai haji bersama
Hasrat penyanyi dan pengacara Alif Satar dan penyanyi Faizal Tahir untuk menunaikan ibadah haji bersama akhirnya tercapai apabila mereka kini sama-sama berada di Tanah Suci.
Jemaah haji bergerak ke Arafah Isnin ini
Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan bergerak ke Arafah, Isnin ini untuk menjalani ibadah wukuf yang merupakan kemuncak haji pada Selasa, 9 Zulhijjah (27 Jun).
Arafah #QuranHour mengangkat Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj
Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) menganjurkan program Arafah #QuranHour : Haji membina Ummah sempena Hari Wukuf, 9 Julai ini.
Jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah
Seramai 14,306 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah hari ini, kata Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.
Aidiladha: 12 Julai cuti kelepasan am bagi Kelantan
Kerajaan Negeri Kelantan memberi cuti kelepasan am pada Selasa ini (12 Julai) sebagai cuti gantian sempena sambutan Aidiladha.
Haji: Ibadah wukuf berjalan lancar, selamat
Seramai 60,000 jemaah yang menunaikan ibadah haji tahun ini tetap berpeluang mengikuti khutbah Hari Arafah secara langsung.
[KOLUMNIS] Bersama pelihara kesucian masjid dan surau daripada dicemari kluster baharu
TIADA perkara yang lebih besar selain dari rasa syukur yang teramat sangat ke hadrat Ilahi setelah selesai menunaikan solat Jumaat secara berjemaah di masjid pada Jumaat yang lepas.
Wukuf di Arafah dalam kelaziman baharu
Kali ini, hanya sebilangan kecil jemaah haji sahaja dibenarkan untuk ambil bahagian menunaikan ibadah itu.
TH sedia 60,000 pek makanan untuk jemaah haji di Arafah, Mina
Pek makanan itu akan memudahkan operasi penyediaan makanan untuk jemaah haji kerana ia hanya perlu dipanaskan selama 10 minit tanpa perlu menyediakan dapur lengkap dengan petugas untuk memasak.
Para jemaah menuju ke penghujung ibadat haji
Melihat jemaah haji lelaki mencukur rambut dan tidak lagi memakai kain ihram, memberi isyarat bahawa ibadat haji sedang menuju ke penghujungnya.