Kerajaan mahu memastikan bekas pesalah pedofilia, Nur Fitri Azmeer Nordin, 27, yang pernah disabitkan kesalahan memiliki bahan lucah melibatkan kanak-kanak di London pada 2015, sudah menjalani proses pemulihan.
Ketika ditanya mengenai sentimen masyarakat berkaitan Nur Fitri yang bakal melanjutkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan juga perlu bersikap adil kepada semua pihak berikutan Nur Fitri sudahpun menjalani hukumannya sebelum ini.
"Setiap sesuatu ada dua sisi. Dia sudahpun menjalani hukuman. Adakah dia perlu dihukum seumur hidup? Satu aspek lain adalah, sama ada dia sudah menjalani proses pemulihan," ujar beliau.
Dalam masa yang sama, Wan Azizah menekankan aspek kemas kini senarai daftar pesalah jenayah seksual kanak-kanak.
“Memang kita adakan registry untuk mereka yang telah didapati bersalah namun kita akan lebih komprehensif sebab kita sekarang ini ada kutipan (rekod) hanya dari 2017 dan Fitri adalah (kes) 2015 dan (kesnya) di luar negara.
"Kita akan melihat pada kelompongan (senarai daftar) dan mengemas kini kerana yang penting adalah kebajikan dan keselamatan kanak-kanak. Kita sudah memulakan (proses) kemas kini senarai itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Kedah di Aman Central di Alor Setar, Kedah pada Sabtu.
BACA: MARA tamatkan pinjaman pelajaran Nur Fitri Azmeer serta-merta
BACA: Pelajar genius Malaysia di London dipenjara lima tahun miliki bahan lucah kanak-kanak
BACA: Nur Fitri 'sakit' dan perlu pemulihan - Rohani
Pada Mei 2015, Nur Fitri yang melanjutkan pelajaran di Imperial College, United Kingdom dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Southwark Crown, London setelah mengaku bersalah atas 17 pertuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak dengan niat untuk mengedarkannya.
Dia didapati bersalah memiliki ribuan video dan gambar lucah pornografi kanak-kanak, termasuk 601 imej ‘Kategori A’ yang menggambarkan hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur.
Sebelum ini, wujud kebimbangan dalam kalangan masyarakat apabila Nur Fitri yang didapati bersalah membabitkan jenayah pedofilia di London itu diterima mengikuti program pasca siswazah doktor falsafah di UKM selepas mendaftar untuk mengikuti pengajian itu sejak 2016.
Pada 2011, Nur Fitri pernah bertanding dalam Kejuaraan Olimpik Matematik di Amsterdam, Belanda.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Aug 24 2019
Menurut Dr Wan Azizah, kerajaan perlu bersikap adil kepada semua pihak berikutan Nur Fitri sudah pun menjalani hukumannya sebelum ini. - Gambar fail/ASTRO AWANI/SHAHIR OMAR
Tumpuan Sabtu - 20 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Empat wakil negara mara ke separuh akhir kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia
Empat wakil negara berjaya melangkah ke separuh akhir Kelayakan Kejohanan Skuasy Dunia Zon Asia yang berlangsung di Pusat Skuasy Jalan Duta hari ini.
Malaysia pantau situasi terkini di Asia Barat, minta semua pihak terlibat supaya bertenang
Malaysia memantau dengan rapi perkembangan terkini di Asia Barat dan menyeru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan terus berusaha mencari jalan penyelesaian diplomatik.
3,850 ibu bekerja di selangor terima insentif MamaKerja RM1,000
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ibu pekerja tersebut merupakan sebahagian daripada keseluruhan 5,595 permohonan yang diterima kerajaan negeri setakat Mac lalu.
Pemandu bas rempuh 11 kenderaan direman empat hari
Perintah reman terhadap lelaki berusia 51 itu dibenarkan Majistret Suhaila Shafi'uddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mahkamah Persekutuan tetap 3 Mei putuskan rayuan berkaitan status agama Islam wanita
Mahkamah Persekutuan telah menetapkan 3 Mei depan untuk memutuskan rayuan seorang wanita berusia 37 tahun bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan status agamanya sebagai Islam.
Jangan abai peruntukan untuk pembangunan sukan - Hannah
Kerajaan negeri dinasihatkan untuk tidak 'menganaktirikan' atau menganggap agihan peruntukan bagi tujuan pembangunan sukan tidak penting dalam belanjawan negeri.
Empat pelari yang memenangi acara separa maraton Beijing dilucutkan pingat
Penganjur acara separa maraton Beijing mengumumkan pada Jumaat bahawa empat pelari yang terlibat dalam perlumbaan kontroversi pada Ahad lepas telah dilucutkan pingat.
Lelaki sindrom Down melecur disimbah air panas dalam lif
Seorang lelaki sindrom Down melecur di bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri.
Park Jaehong ketua jurulatih baharu KDNFC
KDNFC hari ini mengumumkan Park Jaehong dari Korea Selatan sebagai ketua jurulatih yang baharu bagi membimbing pasukan itu dalam menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/25.
Adi Putra selamat diijab kabul dengan Siti Sarah
Adi Putra Abdul Ghani selamat menikahi Siti Sarah Zulkarnain di Lundang, Kota Bharu, pada hari Khamis.
Nur Fitri wajar diberi peluang kedua - Pakar kriminologi
Nur Fitri Azmeer perlu mempunyai inisiatif sendiri untuk membuktikan dia layak diberi peluang kedua berdasarkan kepada perubahan dan kesedaran diri terhadap masa lalu.
Senarai pesalah pedofilia akan dikemas kini, Nur Fitri harus dipastikan jalani pemulihan - Dr Wan Azizah
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata kerajaan juga perlu bersikap adil kepada semua pihak berikutan Nur Fitri sudahpun menjalani hukumannya sebelum ini.