Tiada keistimewaan diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang telah disenarai pendek dalam pemilihan untuk skuad polo kebangsaan bagi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pemilihan atlet adalah berdasarkan merit dan semua yang terlibat akan melalui proses saringan sebelum keputusan akhir dimuktamadkan.
"Mereka perlu melalui saringan dan menjalani latihan mengikut fasa yang ditetapkan Majlis Sukan Negara (MSN). Tiada keistimewaan (kepada Khairy) kerana kita mahukan pasukan yang mantap," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohamad Norza ditemui selepas Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran Pahang sempena Istiadat Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di sini.
Pada istiadat yang disempurnakan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah itu, Mohamad Norza dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Mohamad Norza berkata jika terpilih, beliau berharap Khairy bersama pemain lain akan berlatih bersungguh-sungguh bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada kali terakhir acara itu dipertandingkan di Sukan SEA Korat, Thailand pada 2007.
"Kita menang emas pada Sukan SEA Korat dan sebagai tuan rumah 2017, kita mewujudkan semula acara polo. Saya percaya Malaysia sebagai antara pasukan polo terkuat di Asia Tenggara dapat mempertahankan kejuaraan itu.
"Saya harap Khairy dan atlet lain yang terpilih akan berlatih bersungguh-sungguh dan lakukan yang terbaik untuk merealisasikan hasrat ini. Keputusan muktamad senarai atlet hanya akan diketahui tiga atau empat bulan sebelum temasya sukan itu bermula," katanya.
Khairy merupakan antara 12 pemain yang disenarai pendek Persatuan Polo Diraja Malaysia untuk beraksi dalam Sukan SEA tahun hadapan, bersama sebahagian besar pemain profesional yang pernah beraksi di Sukan SEA Korat.
Jika terpilih untuk ke Sukan SEA yang akan berlangsung dari 19 hingga 31 Ogos tahun depan, Khairy akan mencipta sejarah sebagai menteri pertama menyertai temasya itu. - Bernama
Bernama
Mon Oct 24 2016
Aksi Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mewakili pasukan Jogo Polo ketika menyertai Kejohanan Polo Terbuka Malaysia 2016 menentang pasukan Putra Polo di Taman Ekuestrian Putrajaya. - Foto BERNAMA
Nahas helikopter: JKM Perak beri bantuan kaunseling kepada keluarga mangsa
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
KJ puas hati Lokman Adam minta maaf, setuju bayar pampasan
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah dalam saman itu membawa maksud antaranya beliau menipu orang ramai dengan mendakwa telah diberi vaksin COVID-19.
Keluar Sekejap ambil alih podsiar Jugador TV, rancang terus perluas empayar
Keluar Sekejap mengumumkan pengambilalihan podsiar luar pertama, iaitu Jugador TV.
KJ akhirnya dapat isi PADU selepas identiti dicuri
Khairy Jamaluddin akhirnya berjaya mendaftar dalam sistem PADU selepas mendakwa akaunnya telah didaftarkan oleh individu yang tidak dikenali.
Kes saman KJ terhadap Jamal Yunos diteruskan
Kes saman fitnah bekas Khairy Jamaluddin terhadap Datuk Seri Jamal Md Yunos, berhubung satu kenyataan media ketika PAU 2022 akan diteruskan di Mahkamah Tinggi pada Selasa.
Selepas DJ, Khairy jadi model pula
KJ kini menjadi model untuk sebuah produk minuman tempatan dan baju Melayu untuk sebuah syarikat pengeluar pakaian raya terkemuka.
Pempengaruh diingatkan hati-hati kendali podcast - Fahmi
Kerajaan akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa serta meneliti sebarang tindakan sekiranya perlu terhadap mereka yang membuat kandungan kurang membina.
‘On a serious note? Habis tadi tu tak serius?’... Rafidah minta KJ, Shahril 'tebalkan telinga'
KJ, Shahril sampai terkedu dengan jawapan 'savage' Tan Sri Rafidah. Ikuti kompilasi menarik dari podcast #KeluarSekejap episod ke-79 ini...
Akta Parlimen Berpenggal tidak demokratik - Khairy
Khairy berkata, cadangan Ahmad Zahid tidak demokratik tetapi jika ia usul seperti yang berlaku di UK, perkara itu boleh diperbincangkan.
Ganja dalam perubatan: Khairy serah kepada Menteri Kesihatan baharu
Keputusan sama ada penggunaan ganja dalam perubatan diteruskan atau tidak, diserahkan kepada Menteri Kesihatan yang baharu dilantik Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan, KJ dan Kian Ming saran lima langkah
Kes baharu cecah paras tertinggi tahunan iaitu 29,129 kes pada 11 Disember 2023, satu trend yang turut disaksikan di peringkat serantau dan global.