Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis tidak menerima sebarang aduan mengenai harga kelengkapan persekolahan termasuk kasut hitam.

Pengarahnya Khairul Amin Talib berkata pemantuan akan berterusan hingga 6 Januari depan bagi memastikan tiada peniaga mengambil kesempatan terutama menjelang pembukaan sesi persekolahan awal Januari ini.

"KPDHEP mengalukan-alukan aduan orang ramai dan jika meragui harga yang dipamerkan, mereka hendaklah terus menghubungi pejabat ini supaya tindakan dapat diambil segera di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," kata Khairul Amin.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Krismas 2018 di Pasaraya Giant Kangar di sini, hari ini. Pengurus Pasaraya Giant, Kangar Alimuddin Ummareng turut hadir.

Khairul Amin berkata pemantauan yang dibuat oleh pihaknya sejak semalam juga mendapati harga 16 barangan keperluan awam yang dikawal masih di bawah harga siling.

Khairul Amin berkata KPDNHEP berpuas hati dengan sikap peniaga di negeri ini kerana mematuhi peraturan khususnya mempamerkan harga barang jualan terutama barang kawalan.

Bekalan barang keperluan dalam musim perayaan Krismas adalah mencukupi dan orang ramai tidak pelru bimbang, katanya dan meanmbah penguatkuasaan pelaksanaan Skim Kawalan Harga bermula semalam sehingga 27 Disember ini bertujuan menyekat kenaikkan harga.

Beliau berkata aduan salahlaku peniaga khususnya menaikkan harga sewenang-wenangnya boleh disampaikan kepada KPDNHEP melalui talian 03-80008000 di Malaysia Government Call Centre (MYGCC), talian bebas tol Pusat Informasi dan Gerakan Operasi Strategik (PIGOS) di 03-88826245/6088.

Aduan juga dibuat melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU, email ke alamat [email protected] atau dengan menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) ke 15888 dengan menaip "KPDNHEP ADUAN " lapor/hadir ke mana-mana 73 buah pejabat KPDNHEP di seluruh negara atau WhatApps ke 019-2794317," katanya.