KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak pernah berkompromi dalam menegakkan keadilan dan memastikan individu yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terus didakwa di mahkamah.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata penyelesaian dengan Deloitte baru-baru ini adalah sebahagian daripada usaha tuntutan kerajaan yang berterusan terhadap semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dengan 1MDB dan entiti yang berkaitan dengannya.
Penyelesaian dengan Deloitte merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB yang terbesar oleh firma audit di Asia Tenggara yang mana Deloitte bersetuju dengan penyelesaian RM324 juta untuk menyelesaikan semua tuntutan yang berkaitan dengan kewajipan fidusiari mereka semasa mengaudit akaun 1MDB dan SRC International Sdn Bhd untuk tempoh 2011- 2014
"Penyelesaian terbaharu ini bermanfaat bagi rakyat Malaysia. Penyelesaian perkara ini melalui sistem mahkamah akan melibatkan masa dan sumber kewangan yang banyak.
"Dengan penyelesaian ini, pembayaran jumlah tersebut akan dipercepatkan, dan tidak akan tertangguh melalui sistem pengadilan mahkamah yang akan memakan masa," kata Tengku Zafrul semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-43 hari ini.
Menteri Kewangan itu berkata jumlah penyelesaian ini juga dapat digunakan untuk melangsaikan kewajiban tertunggak 1MDB.
Beliau berkata penyelesaian global ini juga tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan tuntutan Malaysia terhadap individu seperti Jho Low, Jasmine Loo dan pihak-pihak lain yang berkaitan, dan yang masih giat dicari berkaitan dengan skandal 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 04 2021
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata penyelesaian dengan Deloitte baru-baru ini adalah sebahagian daripada usaha tuntutan kerajaan yang berterusan terhadap semua pihak yang terlibat. - Gambar fail
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
'Saya tidak tahu apa-apa mengenai hubungan Zeti-Jho Low' - Bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1MDB Jasmine Loo Ai Swan memberitahu mahkamah tidak tahu mengenai sebarang hubungan perniagaan antara suami Zeti dan Jho Low.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
Bekas pengurusan kanan bank BSI mengaku tidak semak dakwaan Jho Low
Bekas pengurusan kanan bank BSI mendedahkan pihak bank tidak pernah melakukan semakan untuk mengesahkan Jho Low bertindak bagi pihak Najib berkaitan hal ehwal SRC International.
Jho Low bersumpah mahu jadikan hidup saya menderita jika kembali - Jasmine Loo
Jasmine Loo memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Jho Low telah bersumpah untuk menjadikan hidupnya menderita sekiranya beliau kembali ke Malaysia.
Jho Low arah Kee Kok Tiam sediakan surat derma Arab Saudi - Jasmine Loo
Arahan itu adalah bagi menyatakan dana-dana yang dimasukkan ke dalam akaun bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak adalah derma dari Arab Saudi.
Kes 1MDB: Jho Low dakwa ada bukti, bertindak atas arahan Najib - Saksi
Jasmine Loo berkata, Jho Low pernah mendakwa, sekiranya apa-apa terjadi kepadanya, dia mempunyai bukti menunjukkan semua tindakan yang dilakukan ialah mengikut permintaan Najib.
RM29.03 bilion aset 1MDB sudah dikembalikan - SPRM
Terbaharu, hasil pemulihan aset dana 1MDB yang giat dijalankan secara berterusan, SPRM berjaya memperoleh semula wang termasuk aset yang berjumlah RM23,911,460.90.
Kes 1MDB: Jasmine Loo disepina beri keterangan mulai 13 Feb
Timbalan pendakwa raya, Ahmad Akram Gharib memaklumkan kepada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin, sepina itu akan dikeluarkan mulai 13 Feb nanti.
Najib tidak pernah buat aduan dana 1MDB dilencongkan sejak 2009 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu Najib tidak pernah membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa walaupun dana 1MDB dilencongkan sejak 2009.
Mahkamah benar anak syarikat 1MDB soal siasat ibu Jho Low berkaitan barang kemas
Mahkamah membenarkan permohonan dua anak syarikat 1MDB untuk menyoal siasat ibu Jho Low, berhubung barang kemas didakwa dibeli oleh ahli perniagaan.