Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak tidak pernah menerima sebarang laporan mengenai Orang Asli terlibat dalam rasuah atau laporan daripada masyarakat itu mengenai kes rasuah, kata Timbalan Pengarah SPRM Perak Mohamad Hassan.
Beliau berkata keadaan itu mungkin disebabkan masyarakat pribumi tersebut sememangnya tidak terlibat dengan rasuah atau terdapat kalangan mereka yang tahu mengenai jenayah kolar putih itu tetapi tidak mengetahui saluran betul untuk membuat laporan.
"Memang tidak ada sebarang aduan dilaporkan oleh masyarakat Orang Asli atas sebarang isu (rasuah). Saya percaya mereka tahu ada amalan rasuah berlaku di sekitar mereka, tetapi tidak tahu bagaimana untuk melaporkannya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi sembang santai 'Hatimu Hatiku Jua' bersama masyarakat Orang Asli sempena program merakyatkan SPRM bersama Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) di Kampung Orang Asli Desa Permai, Rancangan Penempatan Semula (RPS) Banun di sini, semalam.
Program sehari itu anjuran bersama SPRM, C4, Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) serta Biro Pengaduan Awam dan disertai lebih 100 orang terdiri daripada ketua dan pemimpin Orang Asli dari seluruh negara.
Mohamad menggesa masyarakat Orang Asli yang mempunyai maklumat mengenai kes rasuah supaya tampil membuat laporan di pejabat SPRM Ipoh atau cawangan berdekatan iaitu di Taiping dan Teluk Intan.
Beliau berkata pemberi maklumat tidak perlu risau untuk membuat laporan mengenai kes rasuah kerana identiti dan aduan yang dibuat, dirahsiakan selain SPRM tidak sesekali bersubahat bagi menggagalkan siasatan.
Dalam pada itu, Mohamad berkata SPRM mengambil inisiatif dengan memberi pendedahan tentang cara pencegahan rasuah kepada masyarakat Orang Asli menerusi program merakyatkan SPRM yang julung kali diadakan itu.
"Pada program ini SPRM membuka kaunter untuk mengajar bagaimana cara-cara membuat aduan rasuah, selain mendengar masalah yang ingin dikemukakan kepada SPRM," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Jakoa Suhaimi Mahmud, berkata mengikut rekod pihaknya, masyarakat Orang Asli tidak terlibat dengan memberi atau menerima rasuah.
"Cuma ada segelintir daripada mereka yang tidak mematuhi garis panduan dan sebagainya dan kami siasat perkara itu," katanya.
Bernama
Mon May 30 2016
SPRM mengambil inisiatif dengan memberi pendedahan tentang cara pencegahan rasuah kepada masyarakat Orang Asli menerusi program merakyatkan SPRM. - Gambar fail
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Peruntukan pembangkang: Terserah Muhyiddin untuk persoal keikhlasan kerajaan - Fadillah
Beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
SPRM jangka ada beberapa tangkapan isu tuntutan palsu anak menteri besar - Azam
SPRM akan membuat beberapa tangkapan lagi, berhubung kes melibatkan anak seorang menteri besar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
SPRM akan panggil beberapa lagi individu bantu siasatan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu siasatan dakwaan pemalsuan dokumen tuntutan berjumlah RM600,000 melibatkan lima individu termasuk anak seorang Menteri Besar.
Pak Lah stabil, masih perlukan rehat secukupnya
Mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN), di sini, pada Rabu setelah mengalami small spontaneous pneumothorax.
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
Buat masa ini, keadaan beliau dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Waspada scammer berleluasa, umat Islam perlu peka, jangan mudah terpedaya
Urus niaga berunsur penipuan atau dikenali dengan istilah 'scammer' merupakan jenayah kolar putih bentuk baharu yang semakin berleluasa.
Ketua tiada integriti punca jenayah kolar putih meningkat - Akhbar
Berbanding 28 peratus pada dua tahun lalu, indeks itu meningkat kepada 41 peratus tahun ini.
Tiada laporan Orang Asli terlibat rasuah - SPRM
Menurut SPRM, mungkin ada dalam kalangan mereka yang tahu mengenai jenayah kolar putih itu tetapi tidak mengetahui saluran betul untuk membuat laporan.