Polis masih tidak menerima sebarang laporan mengenai video yang menunjukkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah menengah di bandar raya ini seakan-akan 'merelakan' dirinya dibelasah sekumpulan rakan ketika menyambut hari lahirnya.
Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata hasil siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada Februari lepas dan difahamkan pihak sekolah mengenalpasti kesemua pelajar yang terlibat dan siasatan terperinci akan dijalankan.
"Pihak polis Shah Alam telah berhubung dengan pihak sekolah terbabit dan akan bekerjasama menangani isu ini."Justeru, sementara siasatan lanjut dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung isu ini," katanya dalam kenyataan.
Beliau mengulas video berdurasi 29 saat yang menunjukkan lapan pelajar lelaki termasuk seorang yang kelihatan sebagai pengawas menyepak dan memukul rakan sekelas mereka menggunakan sebatang penyapu.
Dalam video yang menjadi tular di laman sosial, kumpulan lelaki terbabit turut menyanyikan lagu Selamat Hari Jadi kepada pelajar berkenaan sebelum dipukul.Cara sambutan hari jadi itu dikatakan menjadi amalan tradisi segelintir pelajar sekolah berkenaan.
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini berkata pihaknya sedang menyiasat insiden berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 15 2018
Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P.Kamalanathan ketika ditemui pemberita selepas menghadiri satu majlis di sini berkata pihaknya sedang menyiasat insiden berkenaan.- Gambar hiasan
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
Mohd Iqbal dilantik Ketua Polis Shah Alam baharu
Mohd Iqbal, 41, menggantikan Senior Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib yang dilantik sebagai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (KJSJ) Selangor.
'Orang minyak' berbogel berkeliaran dalam rumah dirakam CCTV
Tular di media sosial video rakaman CCTV memaparkan seorang lelaki tanpa pakaian dan memakai pelitup muka dipercayai memecah masuk sebuah rumah dalam kejadian di Shah Alam pada Sabtu.
Polis minta saksi tampil bantu siasatan kes pemandu samseng
Hasil semakan pihak polis mendapati sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian.
Polis siasat pengasuh didakwa dera bayi
Pemeriksaan awal doktor mendapati terdapat kesan kecederaan tisu lembut pada lengan mangsa.
Tiada laporan polis berkaitan wanita terjatuh dari kereta
Siasatan awal mendapati pemandu kereta jenis Perodua Myvi berkenaan telah memperlahankan kenderaan dan memasang lampu kecemasan.
Mangsa sempat berpaut pada kayu sebelum lemas - Saksi
Siasatan dijalankan mendapati mangsa tenggelam di tasik berkenaan dan saksi kejadian turut memaklumkan sebelum tenggelam, mangsa sempat berpaut pada satu batang kayu.
Polis kesan suspek lelaki warga India bantu siasatan kes bunuh
Polis Shah Alam meminta kerjasama orang awam untuk menyalurkan maklumat berkenaan seorang suspek yang dipercayai lelaki warganegara India, susulan penemuan mayat seorang wanita tempatan.
Polis siasat pelanggaran SOP libat sekumpulan individu di Glenmarie
Siasatan dilakukan susulan satu laporan polis yang diterima pada Ahad setelah video berhubung kejadian itu tular melalui media sosial.
Insiden pekerja lompat pagar sebuah syarikat bukan lari dari operasi - Polis
Insiden kononnya pekerja melompat keluar pagar sebuah syarikat kurier dan melarikan diri, bukanlah kerana operasi pihak berkuasa tetapi susulan panik mendengar bunyi penggera kebakaran.
Langgar SOP: 15 kilang di Sri Muda dikompaun RM10,000 setiap satu
Tindakan diambil dalam operasi bermula 18 hingga 22 Jun lalu, membabitkan pemeriksaan ke atas 333 buah kilang.