Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia tercedera atau terkorban dalam bencana gempa bumi berukuran 7.3 pada skala Richter yang melanda selatan Kepulauan Jawa, Indonesia pada Jumaat.

Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada 11.47 malam waktu tempatan.

Menurut kenyataan kementerian pada Sabtu, terdapat laporan kematian dan kecederaan melibatkan rakyat tempatan serta kerosakan akibat bencana itu.

BACA: Gempa bumi kuat landa selatan pulau Jawa Indonesia, 2 maut

Warga Malaysia yang terjejas susulan gempa bumi itu dan memerlukan bantuan konsular dinasihatkan berhubung dengan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Ia boleh dihubungi di talian +62 215 224 947 atau +62 813 808 130 36 (selepas waktu pejabat) atau e-mel kepada [email protected].

-- BERNAMA