Timbalan Perdana Menteri percaya masalah ‘cah keting’ tidak akan berlaku dalam kalangan pemimpin bahagian di Kelantan.

Keyakinan itu disandarkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selepas beliau sendiri menyelaras masalah itu bersama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed serta Ketua UMNO Bahagian di seluruh negeri tersebut.

“Sekarang tidak timbul banyak sebab kita lakukan interaksi dengan Mustapa dan ketua bahagian.
Kita eratkan hubungan dengan ikhlas mereka bagitahu kali ini akan pastikan titik bengit tidak akan dilayan walaupun ada miang di telinga… tetapi kita dah selesai,” katanya.

Ahmad zahid juga memaklumkan beliau akan memberikan komitmen dan membantu Mustapa dengan daya usaha serta kebijaksanaan bagi memastikan Kelantan jatuh ke tangan BN.

Katanya, beliau juga akan berada di negeri itu beberapa hari sebelum hari penamaan calon bagi membantu jentera pilihan raya BN Kelantan.

Beliau juga meluluskan peruntukkan RM2 juta bagi program baik pulih rumah dan RM500,000 untuk bantuan ibu tunggal bagi Parlimen Pasir Puteh.