Kerajaan pada dasarnya tidak mempunyai obligasi menyerap semua pegawai farmasi yang tamat latihan siswazah atau khidmat wajib untuk terus berkhidmat dengan kerajaan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Bagaimanapun, beliau berkata bagi menampung keperluan semasa pegawai farmasi di fasiliti dan hospital kerajaan, hanya sebahagian yang akan dilantik tetap setelah pegawai berkenaan menamatkan latihan siswazah, tertakluk kepada kekosongan jawatan.
"Kementerian memutuskan untuk melantik tetap hanya bakat terbaik dan berdasarkan kepada kekosongan jawatan," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Dr Dzulkefly mengulas isu yang dibangkitkan di media sosial mengenai pelaksanaan pelantikan tetap bagi Pegawai Farmasi Gred UF41 yang sedang menjalani latihan siswazah atau khidmat wajib.
Beliau menegaskan bahawa bagi pegawai kontrak yang tidak dilantik tetap, pegawai berkenaan akan menghabiskan baki tempoh satu tahun kontrak untuk menyempurnakan latihan siswazah atau khidmat wajib sebelum dilepaskan untuk bekerja dengan swasta.
"Pegawai farmasi yang dilepaskan berpeluang berkhidmat di sektor swasta sebagai ahli farmasi yang memegang Lesen Racun Jenis A dalam bidang seperti Farmasi Komuniti, Hospital dan Pusat Penjagaan Kesihatan Swasta, industri pengilangan, pengimportan dan pengeksportan.
"Selain itu, pegawai berkenaan juga boleh berkhidmat dalam bidang pendidikan dan penyelidikan sama ada di sektor swasta atau badan berkanun," kata menteri itu.
Memberikan latar belakang, Dr Dzulkefly berkata pada 2016 kerajaan memutuskan untuk melantik pegawai farmasi gred UF41 secara 'contract of service' bagi membolehkan calon menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib bagi tujuan mendapatkan pendaftaran penuh daripada Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) yang menjadi syarat untuk mengamal di sektor kerajaan dan swasta.
Pelantikan secara kontrak ini dibuat berikutan perjawatan tetap sedia ada di Kementerian Kesihatan tidak dapat menampung jumlah graduan yang menyebabkan tempoh menunggu lama untuk menjalani latihan siswazah dan khidmat wajib.
Seorang graduan farmasi perlu terlebih dahulu menjalani latihan siswazah selama setahun sebelum mendapat pendaftaran penuh daripada LFM. Selepas itu, LFM akan mengemukakan notis khidmat wajib kepada pegawai untuk berkhidmat selama setahun. -- Bernama
Bernama
Mon Dec 03 2018
Hanya sebahagian yang akan dilantik tetap setelah pegawai berkenaan menamatkan latihan siswazah, tertakluk kepada kekosongan jawatan.
Kadar capaian internet di sekolah di Melaka memuaskan - Exco
Kerajaan Negeri Melaka akan terus mempertingkatkan kadar capaian internet di semua sekolah termasuk di kawasan luar bandar walaupun kini ia berada pada tahap memuaskan.
AWANI Ringkas: Selesaikan segera isu kewarganegaraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sultan Selangor zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Turut menzahirkan ucapan takziah ialah Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
TH anjur Kursus Perdana Haji bermula hari ini hingga 5 Mei 2024
Sepanjang kursus selama satu setengah hari ini, bakal-bakal haji akan melalui praktikal seperti bertawaf, sa'ie, melontar jamrah dan ibadat haji lain secara berkumpulan.
Jenazah Tun Hanif Omar dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara
Jenazah Tun Mohammed Hanif Omar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Wanita ditahan bantu siasatan kes simbah OKU dengan air panas
Polis menahan seorang wanita bagi membantu siasatan kejadian seorang lelaki sindrom Down melecur pada bahagian badan disyaki akibat disimbah air panas ketika berada di dalam lif.
Kepimpinan MPN PKR Sabah: Tiada nama spesifik dibincangkan - Fahmi
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata tiada nama spesifik yang dibincangkan berkaitan kepimpinan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah.
Pemergian Tun Hanif kehilangan buat negara - Musa Hassan
Pemergian bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tun Mohammed Hanif Omar adalah satu kerugian buat negara.
Wanita maut, dua lelaki parah kereta langgar pokok
Seorang wanita maut, manakala dua lelaki cedera parah selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum melanggar sebatang pokok di tepi jalan dalam kemalangan di Jalan Macalister awal hari ini.
Israel perlu waspada jika negara Asia Barat masuk campur
Israel seharusnya mengambil pengajaran daripada konflik dengan Iran supaya tindak bertindak sewenang-wenangnya mencabuli hak rakyat Islam, terutamanya Palestin.
Malaysia laksana program pendidikan kesihatan menyeluruh, pupuk amalan berlandaskan pencegahan
Malaysia melaksanakan program pendidikan kesihatan yang menyeluruh untuk memupuk amalan penjagaan kesihatan berlandaskan pencegahan serta kesedaran kepentingan mendapatkan rawatan perubatan awal.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Agong berkenan menerima menghadap Fahmi, Dzulkefly
Pada sesi menghadap itu, Fahmi mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong mengenai perkembangan media sosial di negara ini.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
KKM sasar tempoh 4-5 tahun laksana transformasi kesihatan digital
Pelaksanaan transformasi menerusi strategi 'satu individu satu rekod' itu akan dimulakan dengan penggunaan rekod perubatan elektronik (EMR) di setiap fasiliti kesihatan terlibat.
Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dzulkefly
Sebanyak 2,623 kematian akibat tuberkulosis atau tibi direkodkan tahun lepas, meningkat dua peratus atau 51 kes berbanding 2022.
GEG: Pengguguran dari akta kawal rokok tiada kaitan tindakan pelobi industri
Pengguguran Peruntukan Generasi Penamat Rokok (GEG) dalam Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 tidak ada kaitan dengan tindakan melobi oleh wakil industri tembakau dan vape.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Bazar Ramadan: Tiada aduan keracunan makanan diterima setakat ini - KKM
Dr Dzulkefly berkata, ia merupakan petanda baik dipamerkan pengendali makanan.
Menteri Kesihatan alami gejala renal colic
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dirujuk kepada jabatan kecemasan pada Rabu kerana disyaki mengalami gejala renal colic.