Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Ahmad Jawila mengesahkan tiada petunjuk saki baki pengganas dari Marawi di Mindanao, selatan Filipina, menyusup masuk ke kawasan pendalaman Sabah khususnya di Keningau.
Beliau berkata belum ada maklumat risikan bahawa anggota kumpulan militan melarikan diri untuk bersembunyi di daerah itu susulan pihak tentera Filipina melancarkan serangan berterusan ke atas bandar Marawi bagi membebaskan bandar itu daripada penguasaan kumpulan militan itu.
Beliau berkata persiapan rapi telah dilaksanakan bagi memastikan umat Islam di kawasan pedalaman, khususnya di Keningau dapat meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan selamat serta aman.
"Polis Keningau telah meletakkan anggota di setiap pintu masuk sempadan seperti Tawau ke Keningau, Tenom dan Penampang sebagai langkah keselamatan," katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di sini, hari ini.
Beliau berkata Keningau sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai serta selamat dikunjungi oleh orang ramai dan pelancong asing.
Namun, beliau meminta orang ramai agar sentiasa memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat sekiranya melihat sebarang elemen jenayah di kawasan masing-masing.
Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Elron Alfred Angin, dan Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Yassin.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 26 2017
Ahmad meminta orang ramai agar sentiasa memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat sekiranya melihat sebarang elemen jenayah di kawasan masing-masing. - Gambar fail
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
AWANI Borneo [25/04/2024] - Istiadat ketenteraan | DUN Sabah | Ringankan beban pelajar B40
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
#AWANIBorneo 25 April 2024
Jasad Joanna Felicia selamat disemadi dengan istiadat ketenteraan
Tiga RUU diluluskan pada hari terakhir sidang DUN Sabah
Simpati nasib pelajar B40, Politeknik Tawau lancarkan inisiatif food bank
PRK Kuala Kubu Baharu: Pemimpin masyarakat India diminta jangan tabur fitnah - Ramanan
Pemimpin masyarakat India diingatkan supaya tidak menyebarkan fitnah dan maklumat salah sebagai senjata bagi meraih undi menjelang PRK Kuala Kubu Baharu.
PBM mampu penuhi permintaan darah yang semakin meningkat
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, kaedah PBM Ini juga satu kaedah alternatif dalam proses transfusi darah kerana ia dapat meningkatkan pengurusan serta penggunaan darah untuk pesakit secara optimum.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Politeknik Tawau lancarkan Food Bank ringankan beban pelajar B40
Pengarah Politeknik Tawau, Md Nor Abdul Halimberkata pihaknya menyahut saranan kerajaan untuk mewujudkan foodbank di kampus bagi membantu meringankan beban pelajar dari golongan B40
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Tular tumbuk pemandu, seorang lelaki ditahan
Suspek didakwa bertindak sedemikian akibat marah terhadap mangsa mengenai penggunaan isyarat lampu kenderaan.
Penceroboh cedera terjun tingkat tiga bangunan
Lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai bertindak menceroboh bangunan berkenaan namun disedari petugas sekolah terbabit.
Penghadang jalan di lapan lokaliti Labuan bermula tengah malam Selasa - Polis
Penghadang jalan akan diletakkan secara tetap dari 15 hingga 28 Jun di lokasi yang dikenal pasti untuk menghalang lalu lintas dan orang ramai dari keluar masuk di lokaliti sekatan pergerakan.
Lelaki terselamat, kereta Toyota Vellfire musnah terbakar 100 peratus
Seorang lelaki terselamat selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire yang dipandunya terbakar dalam kejadian di Jalan Dewan, di sini, pagi Selasa.
Tiada petunjuk saki baki pengganas masuk ke Keningau
Belum ada maklumat risikan bahawa anggota kumpulan militan melarikan diri untuk bersembunyi di daerah itu susulan pihak tentera Filipina melancarkan serangan berterusan ke atas bandar Marawi.