Tiada laporan diterima bahawa terdapat rakyat Malaysia yang menjadi mangsa dalam kejadian jambatan runtuh di Genoa, Itali.

Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Kedutaan Besar Malaysia di Rom akan terus memantau insiden itu terutamanya jika ada yang melibatkan rakyat Malaysia.

Semalam, satu bahagian daripada Jambatan Morandi di Genoa, yang menghubungkan Itali dan Perancis runtuh mengakibatkan kira-kira 50 kenderaan terjatuh daripada jambatan itu.

Korban kematian insiden itu mencecah 35 orang dan 10 lagi dikhuatiri hilang.

-- BERNAMA