Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terbabit setakat ini dalam insiden kebakaran Hospital Sejong di bandar Miryang, selatan Korea Selatan.

Dalam kenyataan di sini hari ini, kementerian itu berkata berdasarkan maklumat yang diterima daripada pihak berkuasa tempatan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Seoul, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam kejadian itu.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi (waktu tempatan) hari ini, dilaporkan sekurang-kurangnya 41 maut dan lebih 70 yang lain cedera dalam kejadian yang dipercayai berpunca dari wad kecemasan hospital tersebut.

BACA: Kebakaran hospital Korea Selatan: 41 maut, 70 cedera

BACA: Beri bantuan segera, kurangkan kerosakan akibat kebakaran hospital - Presiden Moon

-- BERNAMA