Tiada rakyat Malaysia terjejas dalam insiden gempa bumi yang melanda Tehran, Iran pada Khamis, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).

Dalam satu kenyataan di sini, kementerian melalui Kedutaan Malaysia di Tehran akan terus memantau dengan teliti situasi perkembangan insiden itu.

Rakyat Malaysia yang terjejas akibat bencana ini diminta menghubungi Kedutaan Malaysia, No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St. Eyvanak Blvd, Phase 4 Shahrak Qods Tehran, Iran.

Mereka juga boleh menghubungi melalui telefon (+9821) 8807 2444; (+9821) 8807 8606 atau e-mel di [email protected].

Gempa bumi bermagnitud 5.2 pada skala Richter menggegarkan bandar Malard di wilayah Tehran, 50 kilometer ke barat Tehran pada 11.27 palam (waktu tempatan) pada Khamis.

Tiada laporan mengenai kemusnahan atau kemalangan jiwa. -- Bernama