Tidak ada sebarang rancangan untuk menggabungkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Beliau berkata usaha untuk memulihkan Felda khususnya dalam pengurusan kewangan dan perladangan bakal dibuat berdasarkan laporan Kertas Putih yang akan dibentangkan di Parlimen.
"Kita akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memulihkan Felda. Tidak ada cadangan untuk 'merge' dengan Felcra," katanya ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen, pada Isnin.
Sebuah akhbar kewangan mingguan baru-baru ini melaporkan satu Kertas Putih mengenai Felda akan dibentangkan di Parlimen yang dijangka mengandungi cadangan untuk memulihkan pengurusan kewangan dan tadbir urus dalam Felda.
Satu daripada cadangan itu adalah kemungkinan penggabungan dengan Felcra.
Semalam, semasa Kongres PKR Ke-13 berlangsung, Mohamed Azmin berkata kerajaan akan membentangkan Kertas Putih di Parlimen bulan depan mengenai penyalahgunaan dan pengurusan tidak bertanggungjawab Felda yang membawa kepada hutang berjumlah lebih RM8 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 19 2018
Usaha untuk memulihkan Felda khususnya dalam pengurusan kewangan dan perladangan bakal dibuat berdasarkan laporan Kertas Putih yang akan dibentangkan di Parlimen.
Pengarah Mentega Terbang gagal peroleh kebenaran merayu, perintah larangan bersuara kekal
Panel hakim membuat keputusan itu selepas menolak permohonan Mohd Khairianwar untuk kebenaran meneruskan rayuan bagi mengetepikan perintah tersebut.
Polis tingkat kawalan, penugasan di KLIA
Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan kawalan dan jumlah penugasan pegawai serta anggota di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 dan 2 sejak Selasa lepas.
Titah Adendum di bawah kuasa Lembaga Pengampunan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu terlibat dengan perbincangan membabitkan titah tambahan berhubung tahanan di rumah membabitkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Kebangsaan dI Sabah esok
Sambutan Aidilfitri bertemakan 'Perpaduan Melalui Perayaan' itu akan dirasmikan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan diserikan lagi dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor.
Pemergian Joseph Kurup kehilangan besar buat negara - TPM
Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan mendian Joseph Kurup sebagai pemimpin yang sangat baik dan banyak menyumbang kepada pembangunan Sabah.
Joseph Kurup guru dan sahabat dalam politik - Hajiji
Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan mendian Tan Sri Joseph Kurup sebagai seorang yang sangat banyak berjasa bukan hanya kepada pembangunan Sabah malah mediang dianggap seperti mentornya dalam politik.
Inisiatif bekalan air bersih di pedalaman bakal jadi tumpuan sidang DUN Sarawak
Empat agensi air di bawah Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak sedang merangka inisiatif bagi memastikan sasaran 100 peratus bekalan air bersih di seluruh Sarawak menjelang 2030 tercapai.
Fenomena 'Alamak Raya Lagi' tarik minat kaum lain bersama raikan Aidilfitri
Lagu 'Alamak Raya Lagi' dendangan kumpulan De Fam terus mencetuskan fenomena apabila sekumpulan gadis berbangsa India turut menjadi tular.
Salleh harap Sabah diberi kuasa autonomi seperti Sarawak
Jelas Datuk Seri Mohd Salleh Mohd Saidisu kritikal membabitkan kesihatan di Sabah akan dapat diselesaikan sekiranya negeri itu diberi kuasa autonomi kesihatan.
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Bersatu Tanjong Karang digantung
Bersatu Tanjong Karang digantung susulan ketua bahagiannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).