Tiada sebarang kejadian tumpahan minyak di sekitar Terowong Menora di sini seperti yang tular di media sosial semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Perak Supt Zakaria Abd Rahman berkata hasil rondaan sepanjang Op Selamat 15 tidak menemukan sebarang kesan tumpahan minyak seperti di dalam gambar yang tular.
"Saya juga telah membuat semakan dan tiada sebarang kenderaan seperti di dalam gambar yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di kawasan itu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Sementara itu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) turut menafikan kejadian tumpahan minyak di sekitar laluan sebagaimana yang didakwa.
Menurut jurucakap LLM, pihaknya tidak menerima sebarang insiden tumpahan minyak di kawasan berkenaan semalam dan hari ini.
"Hasil pemeriksaan mendapati laluan itu selamat digunakan oleh pengguna jalan raya ketika ini," katanya sambil menyatakan gambar yang tular dipercayai kejadian pada tahun 2017.
Semalam, tular gambar beberapa buah kenderaan terbabas dikatakan berpunca daripada perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menuang minyak di atas jalan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 03 2019
Gambar yang tular dipercayai kejadian pada tahun 2017. - Foto Facebook
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Aliran trafik lebuh raya utama lancar setakat 11 pagi
LLM memaklumkan aliran trafik di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas lancar dan terkawal selepas berlaku kesesakan sehingga 10 pagi tadi.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya bergerak perlahan
Aliran trafik perlahan arah selatan dari Gopeng ke Tapah dan dari Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Perak.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan lancar dan tiada sebarang kesesakan berlaku semasa musim perayaan Tahun Baharu Cina.
Aliran trafik masih perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama setakat 9 malam ini masih perlahan berikutan pergerakan orang ramai sempena cuti panjang sambutan Tahun Baharu Cina, bermula hari ini.
Aliran trafik bergerak perlahan namun terkawal
Akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan aliran trafik bergerak lancar, namun terdapat beberapa lokasi perlahan disebabkan kemalangan.
Tahun Baharu Cina: LLM jangka trafik lebuh raya utama meningkat 2.4 juta
LLM telah mengarahkan semua syarikat konsesi lebuh raya untuk melakukan persediaan rapi, agar pengguna lebuh raya menikmati perjalanan yang selamat dan lancar.
Pengarah Teknologi Maklumat LLM, suami didakwa guna kedudukan syor projek
Seorang pengarah Bahagian Teknologi Maklumat Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menggunakan kedudukan untuk mendapatkan suapan.
Pergerakan trafik lancar, dijangka meningkat petang ini - LLM
Kesemua lebuh raya bertol di Lembah Klang, lebuh raya Karak, lebuh raya Pantai Timur 1 dan lebuh raya Pantai Timur 2 E8 masih lagi lancar.
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama ibu negara lancar pagi ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di ibu negara lancar setakat 8 pagi ini.
Deepavali: Syarikat konsesi diarah bersedia - LLM
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah trafik di lebuh raya utama sehingga 2.3 juta sehari.