Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa menegaskan bahawa beliau tidak pernah mempengaruhi sebarang keputusan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan.
Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu berkata penajaan itu diputuskan pihak universiti berkenaan.
"Setiap syarikat mempunyai pengerusinya sendiri, ada ahli lembaganya sendiri dan ada pengurusan sendiri.
"Pengerusi Mara tidak ada kuasa terhadap mana-mana anak syarikat mereka di bawah Akta Syarikat. Mereka di bawah lembaga mereka masing-masing," kata Annuar dalam rancangan Bual Bicara Bernama News Channel (BNC), semalam.
BACA: Mara akur dengan arahan menteri KKLW - Annuar
BACA: Mara tidak pernah menaja The Red Warriors walau satu sen - Annuar Musa
Penajaan pasukan The Red Warriors itu menjadi isu apabila Annuar didakwa menggunakan kedudukannya untuk memastikan Mara dan UniKL menaja pasukan berkenaan.
Annuar menjelaskan penglibatan UniKL dalam penajaan pasukan TRW adalah berasaskan kepada proses pengkomersialan jenama.
"Kalau UniKL hendak terlibat dalam penajaan (pasukan Kelantan), tak kan saya nak bagi percuma. Kalau orang lain kena bayar, UniKL pun kena bayar juga sebab ia entiti komersial.
"UniKL kebetulannya ia ada strateginya sendiri, ia menekankan soal jenama kerana terpaksa bersaing dalam perniagaan pendidikan," kata Annuar.
Annuar berkata UniKL pastinya mempunyai polisi sendiri terutama dalam soal penjenamaan, promosi, pemasaran dan lain-lain.
Mengulas mengenai pandangan netizen berhubung isu penajaan itu, Annuar berkata masyarakat umum kebanyakannya masih belum memahami konsep penajaan dalam sukan bola sepak.
"Ramai yang melihatnya sebagai pemberian sejumlah wang daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain. Dalam aspek bola sepak, penajaan ini adalah pelbagai.
"Bagi pasukan Kelantan, ia satu-satunya pasukan yang berdiri di atas kaki sendiri. Satu-satunya pasukan yang tak ada bajet yang disediakan, satu-satunya pasukan yang harus setiap sen dicari sendiri untuk membolehkannya bersaing dalam Liga Super," katanya.
Annuar berkata beliau akan terus membantu KAFA dalam hal berkaitan penajaan sekalipun tidak lagi memegang sebarang jawatan dalam persatuan itu demi pembangunan bola sepak negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2017
Annuar menegaskan, beliau tidak pernah mempengaruhi sebarang keputusan UniKL untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan. - Gambar Astro AWANI / Shahir Omar
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
8,715 kelas KAFA sepenuh masa di Perak - MB
Sekolah-sekolah itu diurus tadbir oleh Jemaah Pengurusan Sekolah yang terdiri daripada kalangan masyarakat setempat.
Kerajaan pusat serah peruntukan lebih RM64 juta menerusi Jakim kepada Sabah
Ia bagi membayar imbuhan tahunan dan elaun 6,857 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), imam, bilal, siak dan guru takmir di negeri itu.
LZS kutip RM562 juta zakat setakat Julai tahun ini
Lembaga Zakat Selangor (LZS) berjaya mengutip zakat berjumlah RM562 juta sehingga Julai tahun ini, dengan RM89 juta daripadanya merupakan zakat perniagaan.
Penganjur acara diminta wujud garis panduan elak perlakuan kurang senonoh
Abdul Halim berkata ia penting bagi menjaga nilai dan akhlak peserta terutama yang beragama Islam sekali gus mereka menjadi contoh kepada masyarakat.
Belanjawan 2023: RM1.5 bilion peruntukan martabat syiar Islam - Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan sebanyak RM1.5 bilion sebagai usaha untuk memartabatkan syiar Islam.
Penyertaan 88 peratus pelajar, lima kelas KAFA tulen pastikan tiada keciciran - MB
Pelbagai usaha dilaksanakan bagi memperkasa institusi KAFA, di samping memastikan tiada pelajar yang tercicir daripada mengikutinya.
Annuar akan kembali ke arena bola sepak
Beliau berhasrat membantu pasukan TRW menghidupkan semula semangat 'gelombang merah' yang pernah disegani di negara sebelum ini.
Tarikh ujian penilaian kelas KAFA 2022 dipinda - Jakim
Tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 Nov depan dipinda kepada 28 Nov hingga 1 Dis berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Guru KAFA Selangor enggan vaksin berdepan risiko ditamat perkhidmatan - MB
Tindakan tersebut perlu diambil bagi mengelak pelajar-pelajar KAFA terdedah kepada risiko dijangkiti COVID-19.