Tutup

Tidak dipotong, peruntukan pertubuhan belia diselaras - Saddiq

Tidak dipotong, peruntukan pertubuhan belia diselaras - Saddiq
Menurut Syed Saddiq, kebanyakan persatuan belia pada masa ini, mahu memiliki pejabat dan kakitangan sendiri menyebabkan peruntukan tidak mencukupi untuk dibelanjakan bagi pelaksanaan program di peringkat akar umbi. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini menegaskan bahawa peruntukan bagi pertubuhan-pertubuhan belia tidak dipotong.
 
Menegaskan perkara itu di Dewan Rakyat hari ini, Syed Saddiq berkata ia sebaliknya telah diselaraskan semula bagi membolehkan tumpuan diberikan kepada pelaksanaan program dan bukan hanya tertumpu kepada perbelanjaan pentadbiran sahaja.
 
“Perbezaannya adalah sekarang Kementerian memfokuskan kepada pertubuhan belia itu untuk melaksanakan program di peringkat akar umbi dan untuk memberikan kertas kerja yang boleh diaudit selepas itu supaya kita tahu akhirnya wang tersebut dapat disalurkan kepada aktviti yang produktif,” katanya.
 
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan rasional peruntukan terhadap persatuan belia dipotong dan hala tuju belia yang dirancang oleh kementerian itu.
 
Tambah Syed Saddiq, kebanyakan persatuan belia pada masa ini, mahu memiliki pejabat dan kakitangan sendiri menyebabkan peruntukan tidak mencukupi untuk dibelanjakan bagi pelaksanaan program di peringkat akar umbi.
 
Beliau menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang meminta Menteri Belia dan Sukan menyatakan rasional peruntukan terhadap persatuan belia dipotong dan hala tuju belia yang dirancang oleh kementerian itu.
 
Mengulas lanjut, beliau berkata kementerian mahu cipta satu sistem insentif untuk pertubuhan belia supaya mereka perlu melibatkan lebih banyak kepimpinan wanita dan anak muda di bawah umur 30 tahun dalam sistem kepimpinan mereka.
 
"Hala tuju pada tahun depan kita akan berunding dengan setiap satu pertubuhan di peringkat kebangsaan untuk memberikan insentif kepada persatuan yang melantik lebih banyak wanita serta anak muda dalam struktur kepimpinan bawah umur 30 tahun,” katanya.
 




Tag: Dewan Rakyat, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Parlimen, Hasbullah Osman, Belia



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.