Rata-rata jemaah haji, pelajar dan rakyat Malaysia yang bekerja di Arab Saudi tidak dapat menyembunyikan keterujaan mereka dapat bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, di sini hari ini.
Kebanyakan yang ditemui hampir senada menganggap pertemuan yang langsung tidak disangka itu merupakan suatu hadiah yang amat besar untuk mereka, dengan nasihat Seri Paduka supaya terus mengharumkan nama Malaysia, tersemat rapi dalam hati masing-masing.
Jemaah haji Rahimah Mat San, 65, berkata beliau amat gembira dan bersyukur diberikan peluang bertemu dengan Seri Paduka di sini, yang sebelum ini hanya dapat dilihatnya daripada jauh.
"Saya orang Temerloh (Pahang), bukan senang nak jumpa Tuanku saya dapat tengok dari jauh sahaja bila Tuanku turun di Temerloh, ini Tuanku berkenan datang ke meja tanya saya dari mana, saya jawablah dari Temerloh.
"Rasa macam nak menangis pun ada, gembira syukur sangat kepada Allah," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Terdahulu Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa kira-kira sejam berangkat ke Majlis Minum Teh Bersama Rakyat Malaysia di sini yang dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia di sini.
Jururawat yang bertugas selama enam tahun di sebuah hospital di sini Siti Masyitah Tumin, 31, pula berkata beliau terharu melihat sifat peramah Seri Paduka yang sanggup turun daripada pentas jamuan untuk pergi ke meja-meja hadirin bagi beramah mesra.
"Tuanku memang sangat peramah sangat merendah diri turun ke setiap meja bertanya khabar dan mengambil gambar dengan setiap kami, tentu kami rasa amat gembira dan ini memberikan semangat untuk kami terus berbakti kepada negara," katanya.
Beliau yang berasal dari Kota Tinggi, Johor itu berkata Sultan Abdullah bertanya kepada beliau bersama rakan jururawatnya yang hadir ke majlis tentang pekerjaan mereka dan menasihatkan mereka supaya terus berkhidmat dengan baik.
Pelajar Universiti Islam Madinah, Muhammad Al Amin Zulkifle, 22, berkata beliau mulanya agak gementar untuk bertemu dengan Sultan Abdullah, namun perasaan itu terus hilang dengan kemesraan yang ditunjukan Seri Paduka.
"Tuanku bertanya, belajar di mana dan belajar apa pada saya dan rakan-rakan, memang saya amat hormati Tuanku dengan kemesraan yang ditunjukkannya," kata pelajar jurusan Ijazah Syariah itu yang berasal dari Senai, Johor.
Sultan Abdullah berangkat ke Arab Saudi sempena lawatan khas ke negara itu bermula hari ini hingga 14 Julai dalam lawatan khas atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud.
Seramai 30,200 jemaah haji mengerjakan Rukun Islam Kelima itu pada musim haji tahun ini dibantu 640 petugas TH.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 13 2019
Terdahulu Sultan Abdullah berkenan meluangkan masa kira-kira sejam berangkat ke Majlis Minum Teh Bersama Rakyat Malaysia di sini yang dihadiri kira-kira 200 rakyat Malaysia. - Foto Bernama
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Sultan Pahang titah jaga kesucian masjid, tiada solat dua imam
Pada masa sama Al-Sultan Abdullah memberi amaran terhadap semua masjid di negeri itu supaya tidak melaksanakan solat dua imam.
Sultan Pahang mahu pembaikan cerun penempatan Orang Asli Kg Sungai Ruil dipercepat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menggesa supaya projek pembaikan cerun di penempatan Orang Asli Kampung Sungai Ruil, Tanah Rata dipercepatkan.
#AgongKita: Agong, Raja Permaisuri tetap di hati rakyat
Keperibadian baginda bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sememangnya sentiasa di hati rakyat jelata.
#AgongKita: Teruja dapat bersalam dengan Al-Sultan Abdullah
Turut kedengaran suara beberapa individu yang mahu bersalam dengan baginda berdua yang diarak kira-kira jam 9 pagi.
Orang ramai boleh sertai lambaian kasih Agong esok
Orang ramai berpeluang menyertai lambaian kasih bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16 Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.
#AgongKita: Al-Sultan Abdullah perjelas lantikan PM, musyawarah bersama MRR
Ia sekali gus menangkis dakwaan sesetengah pihak kononnya pelantikan Perdana Menteri dibuat berdasarkan keputusan Majlis Raja-Raja (MRR), dan bukan keputusan Yang di-Pertuan Agong.
#AgongKita: Pergolakan politik detik pilu, merugikan negara - Al-Sultan Abdullah
Titah baginda, pergolakan politik tanah air itu telah menyebabkan rakyat menanggung pelbagai kerugian.
Agong, Raja Permaisuri zahir penghargaan kepada warga Istana Negara
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah menzahirkan penghargaan itu pada program Malam 1000 Kenangan di Istana Negara pada Jumaat lepas.
Agong masih terkenang-kenang Kembara Kenali Borneo
Lagu Bekikis Bulu Betis dan Hanya di Sabah masih menjadi siulan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Al-Sultan Abdullah main peranan penting lonjakkan ekonomi negara semasa pemerintahan
Penggal pemerintahan Al-Sultan Abdullah bukan sahaja akan dikenang dalam ingatan manis seluruh rakyat malah juga oleh komuniti perniagaan di negara ini.