Tiga beradik mangsa lemas di Sungai Terengganu selamat disemadikan dalam satu liang lahad pada petang Khamis.

Bagaimanapun bapa tiga jenazah itu, Mohd Ismail tidak dapat membawa sendiri jenazah anak-anaknya itu ke Tanah Perkuburan Nering Kampung Rawai, Marang.

Mayat seorang daripada tiga beradik yang lemas di Sungai Terengganu.

Walaupun sebelum ini, pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) itu telah menghantar 40 jenazah ke tanah perkuburan.

BACA: 'Lembik tengok tiga keranda anak-anak di rumah' - Bapa mangsa lemas tiga beradik

Terdahulu, mayat Allahyarham Umar Iskandar Mohd, 21; Khairul Firdaus Mohd, 17, dan Khalif Naim Mohd, 16, itu telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat.

Seterusnya, ketiga-tiga jenazah berkenaan disembahyangkan di kediaman mereka di Kampung Kuala Telemong.

Pada Rabu, kegembiraan tiga beradik berkenaan untuk bermandi-manda di Sungai Terengganu bertukar tragedi selepas kesemua mereka lemas.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 6 petang pada 4 Syawal di sungai yang terletak kira-kira 300 meter dari rumah mereka.

BACA: Tiga beradik dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu