Seorang lelaki bersama dua anaknya masing-masing berusia tujuh dan lima tahun maut dalam satu kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan termasuk lori di Kilometer 1.9, Jalan Machang-Pasir Puteh di sini, pada Jumaat.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.50 malam Jumaat itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohd Azni Mohd Zakri, 34; Muhamad Aryan Ziqri dan Nur Amna Nafeesa.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Asisten Superintenden Mohd Shamsuri Mohd Zain berkata dalam kejadian tersebut, ketiga-tiga mangsa yang menaiki motosikal sedang berhenti di sebuah persimpangan lampu isyarat berhadapan pejabat Tanah Machang.

"Motosikal berkenaan dinaiki tiga mangsa itu menunggu lampu isyarat untuk membelok ke kanan, pada masa sama sebuah bas ekpress dari arah Machang ke Pasir Puteh.

Tiga beranak maut selepas bas ekspres sebelum dilanggar sebuah lori.

"Sampai di tempat kejadian, bas berkenaan telah melanggar belakang motosikal mangsa yang sedang menunggu untuk membelok ke kanan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Susulan itu, mangsa tercampak ke jalan bertentangan sebelum dilanggar sebuah lori polis yang gagal mengelak ketika melalui kawasan itu.


Kesemua mangsa maut di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Machang untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) APJ 1987.

Tiga beranak maut selepas bas ekspres sebelum dilanggar sebuah lori.