Tiga cedera kenderaan terbabas ke dalam gaung

Tiga cedera kenderaan terbabas ke dalam gaung
Kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
TAPAH: Tiga mangsa cedera ringan apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas ke dalam gaung sedalam dua meter berdekatan Kampung Batu 9 1/2 Jalan Tapah-Cameron Highlands.

Kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira jam 6 petang Jumaat yang melibatkan seorang lelaki dan dua orang wanita.
Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tapah, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Berlaku kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kereta jenis SUV Lexus yang terbabas ke dalam gaung," katanya.

Tambahnya, operasi tersebut diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahman Ibrahim dan tamat pada jam 6.45 petang.