Pengguna tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dari stesen Gombak hingga Putra Heights berpeluang menikmati tambang percuma selama tiga hari mulai Selasa ini.
Rapid Rail Sdn Bhd dalam kenyataan hari ini berkata penumpang yang menukar laluan ke Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Sunway di stesen bersepadu hanya perlu membayar perbezaan tambang perjalanan bagi ketiga-tiga laluan itu.
"Sama juga sekiranya penumpang datang dari laluan BRT Sunway, Sri Petaling, Ampang dan monorel yang ingin meneruskan perjalanan ke laluan Kelana Jaya, tambang percuma akan diberikan bagi sektor perjalanan di laluan Kelana Jaya," tambah kenyataan itu.
Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan laluan Sri Petaling di stesen Masjid Jamek dan Putra Heights.
Menurut kenyataan itu, bagi laluan BRT Sunway yang dikendalikan anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad, Rapid Bus Sdn Bhd, yang terhubung dengan laluan Kelana Jaya di stesen USJ 7, pengguna dengan bayaran tunai boleh mendapatkan token percuma di kaunter khidmat pelanggan.
Pengguna dengan bayaran tanpa tunai pula boleh menggunakan kad tanpa tunai seperti biasa, manakala pengguna dari laluan Kelana Jaya ke Sri Petaling, Ampang, Monorel, BRT Sunway boleh menggunakan kad tanpa tunai atau token dari mesin TVM.
Selain itu, Prasarana turut memberikan diskaun tambang sebanyak 50 peratus kepada pengguna perkhidmatan LRT, monorel dan BRT sebelum 7 pagi mulai 16 September ini.
Bernama
Mon Sep 12 2016
Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan laluan Sri Petaling di stesen Masjid Jamek dan Putra Heights. - Gambar fail
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
56 set tren laluan Kelana Jaya dijangka beroperasi secara berperingkat suku ketiga tahun depan - Loke
Sebanyak 56 set tren Transit Aliran Ringan laluan Kelana Jaya, dijangka akan beroperasi secara berperingkat menjelang suku ketiga tahun hadapan bagi meningkatkan kekerapan perkhidmatan waktu puncak.
Gangguan LRT: Bas perantara bantu kurang kesesakan, masa menunggu pengguna
Penambahan perkhidmatan bas perantara bermula dari 6 pagi hari ini membantu mengurangkan kesesakan serta masa menunggu pengguna untuk menaiki bas susulan penutupan 16 stesen tren LRT.
LRT tergendala: Majikan boleh pertimbang beri kelonggaran kepada pekerja - MEF
Majikan boleh memberi kelonggaran termasuk memberi kebenaran masuk lewat ke pejabat atau bekerja dari rumah bagi pekerja yang terjejas akibat gangguan perkhidmatan (LRT) laluan Kelana Jaya.
Dua lelaki didakwa bunuh warga Pakistan
S. Kumara Rao dan R. Ramesh didakwa bersama-sama membunuh Qadir Muhammad.
Tren terkandas punca gangguan perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya
Disebabkan kejadian itu, hanya satu landasan yang boleh digunakan di antara Stesen LRT Taman Bahagia sehingga Stesen LRT Taman Jaya.
Hari pertama, Bazar Ramadan Kelana Jaya diserbu ribuan pengunjung
Hari ini, kemeriahan turut dirasai di bazar-bazar ramadan yang menjadi tumpuan masyarakat apabila ramai meluangkan masa untuk mencari pelbagai juadah berbuka puasa.
Dua penyamun kedai serbaneka ditangkap
Lelaki itu berpura-pura sebagai pelanggan dan ingin membuat bayaran di kaunter. Tiba-tiba suspek mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa menyerahkan wang kepadanya.
LRT bertembung: Prasarana laksana langkah segera, mantapkan SOP perkhidmatan
Prasarana melaksanakan langkah segera dengan memantapkan SOP berkaitan sistem keselamatan, operasi, tenaga kerja dan penyelenggaraan rel.
Pengguna MRT, bas Rapid KL pada 1 dan 3 Jun disaran buat ujian saringan COVID-19
Penumpang yang menggunakan MRT laluan Kelana Jaya pada waktu puncak pagi dan petang 1 Jun serta waktu puncak petang 3 Jun lepas disaran untuk menjalani ujian saringan COVID-19.
Insiden LRT bertembung: Tiga mangsa kritikal tunjuk perkembangan baik
Tiga mangsa insiden kemalangan LRT yang sedang dirawat di ICU HKL menunjukkan perkembangan yang baik berbanding sebelum ini.