Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) akan menganjurkan Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur pada 31 Disember ini .
MOTAC dalam kenyataan pada Isnin, memaklumkan program yang akan bermula pada 10 pagi hingga 12.30 tengah malam di Dataran Merdeka, itu dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut kenyataan itu, "Pertunjukan Cahaya di Langit" akan menjadi pertunjukan istimewa, kemuncak untuk Kempen Melawat Malaysia 2020 dalam tempoh 10 minit dengan 11 formasi istimewa menggambarkan keunikan dan keistimewaan Malaysia di ambang 2020 kelak.
Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur merupakan acara khusus sambutan besar-besaran menjelang 2020 dengan gabungan beberapa komponen acara dimulai dengan perasmian Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2019 dan Majlis Pelancaran Video Kempen Nilai-Nilai Murni oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi, diikuti persembahan "Extravaganza Malaysia Time Capsule" oleh Istana Budaya.
Konsert tersebut akan disertai oleh Datuk Jefrydin (Pop Yeh Yeh), Elvira Mentor (Oldies), Asmidar (Irama Malaysia), Siti Nordiana (Pop Balada) dan Han Byul (Korea).
Kenyataan itu turut memaklumkan persembahan aksi rasa kilas (flashmob) akan diadakan di Avenue K, Jalan Ampang, dan di perkarangan Pavilion, Bukit Bintang pada 27 dan 28 Dis ini bagi memeriahkan lagi promosi program tersebut.
Sementara program awalan khalayak pada 31 Dis ini dengan program interaktif seperti pameran, demonstrasi, permainan kembara budaya (cultural hunt), interaktif masakan warisan dan persembahan sisipan kesenian dan kebudayaan dengan penglibatan pengunjung tempatan serta luar akan diadakan mulai 10 pagi pada hari itu.
Ia merupakan inisiatif kerajaan dalam memupuk perpaduan dan persefahaman masyarakat pelbagai kaum, menyemarakkan pelancongan negara serta mengetengahkan tradisi menyambut perayaan seperti Krismas.
Selain itu, ia bagi menyemarakkan kempen nilai-nilai murni sebagai salah satu wadah pelancongan, seni dan budaya negara dan menguar-uarkan kepada pelancong akan keramahan dan kemesraan rakyat Malaysia terhadap kedatangan 30 juta pelancong asing ke negara ini, dan dapat meningkatkan perbelanjaan mereka sebanyak RM100 bilion sepanjang 2020, menurut kenyataan itu.
MOTAC juga menasihatkan kepada orang ramai dan pelancong yang ingin menghadiri Program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur, agar menggunakan pengangkutan awam seperti transit aliran ringan (LRT) , tren KTM komuter, transit aliran massa (MRT), bas Rapid KL dan bas pengantara bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana sepanjang program berlangsung, jalan-jalan utama akan ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 23 2019
Dataran Merdeka menjadi lokasi wajib pergi sempena menyambut program Ambang 2020 @ Kuala Lumpur. - Gambar fail
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Ambang 2020: Nak ke mana kita?
Lima lokasi tumpuan untuk sambutan tahun baru 2020 malam esok. Anda nak ke mana?