IPOH:Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima permintaan tiga ketua parti yang mewakili Pakatan Harapan menghadap jam 11.00 pagi esok di Istana Kinta.

Mereka adalah Nga Kor Ming (DAP), Farhash Wafa Salvador (PKR) dan Asmuni Awi (Amanah).

BACA: LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak - Faizal gagal peroleh sokongan majoriti

Terdahulu, Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam usul ‘keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar’ (undi percaya) yang berlangsung pada Jumaat.

Dalam proses pengundian yang dijalankan secara sulit itu, usul tersebut hanya mendapat 10 undi, berbanding 48 yang tidak menyokong dan satu berkecuali.