KUALA LUMPUR :Kementerian Kesihatan merekodkan tiga kluster baharu yang telah dikenal pasti pada Khamis di mana dua daripadanya adalah di Kuala Lumpur dan satu dicatatkan di Ranau, Sabah.

Dua kluster baharu di Kuala Lumpur membabitkan daerah Cheras iaitu Kluster Jalan Rusa. KKM telah mengesan satu kes positif menerusi ujian saringan pada November lalu dalam kalangan penduduk.

Bagaimanapun ujian saringan selanjutnya sehingga 17 Disember mendapati daripada 1,267 individu, 129 daripadanya didapati positif.

Satu lagi kluster di Kuala Lumpur yang dikesan adalah membabitkan Kluster Tapak Bina Pasifik di sebuah tapak pembinaan di Lembah Pantai. Daripada ujian saringan 17 kes positif dicatatkan.

Kluster baharu yang ketika dicatatkan pada Khamis membabitkan Kluster Maringkan di daerah Telupid di Ranau, Sabah.

Ia melibatkan kes indeks (kes ke-70,580) yang didapati positif pada 5 Disember lalu. Ujian saringan  yang dijalankan sehingga 17 Disember telah mengesan 11 lagi individu didapati positif daripada 93 individu yang disaring.

Jumlah keseluruhan kluster sehingga Khamis yang direkodkan di seluruh negara ketika ini oleh KKM adalah sebanyak 429 kluster.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Penjara Jalan Harapan (98 kes), Kluster Jalan Rusa (57 kes), dan Kluster Bintang (50 kes).

BACA: COVID-19: 1,220 jangkitan baharu, Selangor 368 kes, 3 kematian