Polis Melaka membuka 21 kertas siasatan berhubung pinjaman wang tanpa berlesen ‘ah long’ membabitkan nilai pinjaman berjumlah RM230,000 sejak Januari hingga Mei lalu.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Jalil Hassan, berkata tiga lelaki berusia antara 17 tahun hingga 22 tahun ditahan berhubung kegiatan memberi pinjaman wang tanpa lesen di Batu Berendam, Melaka, sekitar jam 1 tengah hari, semalam.
Menurut Abdul Jalil, serbuan dijalankan selepas menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 21 tahun yang mendakwa pinjaman yang dibuat beranggaran RM5,000 tidak pernah selesai dibayar sebaliknya bayaran semakin bertambah.
Katanya, hasil siasatan awal mendapati tiga suspek berkenaan menjalankan kegiatan itu sejak tiga tahun lalu dan mengaut hasil berjumlah RM1.4 juta dalam tempoh terbabit.
“Sebanyak 21 kertas siasatan telah dibuka berkaitan 'ah long' dan nilai (yang terbabit) berjumlah RM230,000 adalah kes terbaru melibatkan pinjaman 'ah long'.
"Semalam 1 petang, pengawai dan anggota komersil IPK Melaka membuat serbuan di Batu Berendam yang kita syaki menjalankan aktiviti memberi pinjaman," ujarnya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang, pada Selasa.
Mengulas lanjut katanya, dalam serbuan yang dilakukan, polis merampas satu kotak kad perniagaan, dua ikat risalah pemberi pinjam wang tanpa lesen, lima buah buku yang digunakan untuk mencatat nama pelanggan dan empat keping kad ATM.
Selain itu, pihaknya turut merampas 18 fail kulit keras yang mengandungi pelbagai dokumen permohonan pinjaman dan dua buku akaun bank yang mana suspek membuat kutipan wang faedah dari pelanggan dianggarkan berjumlah RM50,000 sebulan.
Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari hingga 23 Jun ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Beri Pinjaman Wang 1951.
Astro Awani
Tue Jun 20 2017
Hasil siasatan awal mendapati tiga suspek berkenaan menjalankan kegiatan itu sejak tiga tahun lalu dan mengaut hasil berjumlah RM1.4 juta dalam tempoh terbabit. - Gambar hiasan
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Kegiatan Ah Long masih berleluasa kerana terdapat permintaan daripada masyarakat
Masyarakat juga lebih cenderung memilih Ah Long kerana kesukaran mendapat pinjaman daripada institusi kewangan berlesen.
Penganggur 'dilarikan' parah dipukul suami kekasih
Dia dilarikan tiga lelaki yang bertindak memukul dan mengurungnya di dalam sebuah rumah flat di Mak Mandin, Butterworth pada Khamis.
Empat ahli geng Ah Long disambung reman
Penyambungan reman dilakukan terhadap tiga lelaki dan seorang wanita untuk pihak polis melengkapkan siasatan.
Polis Kedah lakukan siasatan menyeluruh kes tangkapan geng Ah Long
Polis tidak tolak kemungkinan besar empat suspek yang terbabit dengan geng Ah Long yang ditahan di Kulim baru-baru ini ada rangkaian lain.
Ah Long dikesan jual kad ATM RM300
Sindiket pinjaman wang tidak wujud atau Ah Long kini dikesan menjual kad juruwang automatik (ATM) milik peminjam dengan hanya RM300 kepada pihak tertentu bertujuan mengaut keuntungan.
Peminjam ah long lari, jiran kena tanggung padah
Mangsa Chiang Ghee Siew, 55, mendakwa kira-kira pukul 9 pagi Ahad lepas, dia terkejut apabila mendapati terdapat kesan cat warna merah di pintu pagar hadapan dan dinding rumah serta belakang kereta.
Enggan bayar hutang bekas pekerja, pemilik bengkel diganggu 'Ah Long'
Pemilik bengkel cat kereta diganggu lelaki dipercayai 'Ah Long' yang memintanya lunaskan hutang bekas pekerjanya.
Kempen #BolehBincang PTPTN menjadi, kutipan meningkat drastik
Hasil daripada pelbagai inisiatif yang telah dijalankan bagi membantu memudahkan bayaran balik pinjaman, PTPTN berjaya mengutip jumlah bayaran yang meningkat secara drastik.
Lelaki parah dipercayai terkena bom buatan ah long
Seorang lelaki mengalami kecederaan parah di kedua belah kaki akibat terkena bom buatan sendiri dipercayai dipasang oleh ah long.
Ibu lapor 'Ah Long' kurung anak
Seorang ibu melaporkan kepada polis di sini hari ini bahawa anaknya dikurung sekumpulan "Ah Long' di Alor Setar, Kedah.