Tiga orang pelajar yang dikenal pasti sebagai mangsa kes cabul dan liwat di sebuah sekolah di sini, akan dipanggil untuk menjalani sesi kaunseling sebagai usaha mengatasi trauma yang dihadapi mereka.
Susulan dari kes itu juga, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak, Datuk Dr. Muhammad Amin Zakaria, pihaknya dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak sedang menyiasat untuk mengenal pasti sama ada terdapat pelajar lain terlibat.
“Untuk tindakan lanjut, saya telahpun berbincang dengan JPN untuk mengenal pasti pelajar tersebut dan kita buat secara tertutup bagi menjaga maruah pelajar ini, selain membantu mereka balik kepada kehidupan normal ekoran trauma yang dialami.
"Kadangkala remaja sama ada lelaki atau perempuan takut ataupun berhadapan dengan ugutan dari suspek, itu sebabnya barangkali dia akan ambil masa beberapa hari untuk melaporkan kepada pihak berkuasa atau tidak,” katanya ketika ditemui di Sambutan Hari Harimau Sedunia 2017 di Bulatan Amanjaya, Meru Raya pada Sabtu.
Muhammad Amin berkata demikian ketika mengulas isu jurulatih fisioterapi pasukan bola sepak berusia 54 tahun yang dipercayai mencabul dan meliwat tiga pelajar sebuah sekolah baru-baru ini.
Siasatan awal mendapati kejadian tersebut telah berulang-ulang berlaku antara Mei 2016 dan Mac 2017 di rumah suspek dan bilik hotel.
Namun begitu, suspek kes tersebut ditemui mati dipercayai menggantung diri di dalam sebuah bilik hotel di sini pada petang Selasa.
Ekoran dari itu, Muhammad Amin menasihatkan agar pihak guru atau mangsa yang terbabit dalam kes sedemikian untuk tampil melaporkan kejadian jenayah itu kepada pihak berkuasa secepat mungkin.
“Jangan simpan kejadian jenayah seperti ini terlalu lama, mangsa wajar laporkan perkara ini kepada guru-guru atau pengetua supaya tindakan lanjut dapat diambil. Jika dilengahkan mungkin lebih ramai akan menjadi mangsa,” ujarnya..
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jul 29 2017
Kaunseling diperlukan oleh mangsa perlakuan cabul untuk membantu mereka mengatasi perasaan trauma. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Bekas pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah cabul murid Tahun Satu
Dia didakwa melakukan perbuatan itu dengan cara meraba dan memegang bahagian kemaluan mangsa di hadapan kelas sebuah sekolah rendah.
Pemuda disyaki cabul pelancong Sepanyol ditahan
Suspek telah direman lima hari sehingga hari ini bagi melengkapkan kertas siasatan.
Beri RM20 selepas cabul remaja lelaki
Suspek direman selama enam hari sehingga Jumaat ini untuk membantu siasatan.
Jurulatih Taekwondo cabul lima kanak-kanak didakwa esok
Suspek yang juga seorang penuntut kolej swasta berusia 20 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam, pada jam 8 pagi.
Kedi golf dakwa dicabul pegawai kanan tentera
Kedua-dua pegawai, masing-masing berusia 51 dan 52 tahun, yang bertugas di Negeri Sembilan, telah dipanggil memberi keterangan.
Lelaki rogol anak tiri sejak mangsa berusia 13 tahun ditahan
Seorang penghantar barang ditahan polis selepas dipercayai merogol anak tirinya, sejak remaja itu berusia 13 tahun, tiga tahun lalu.
Bapa kanak-kanak hilang di Amazon ditahan cabul anak tiri
Polis Colombia menahan bapa kanak-kanak Orang Asli yang menjadi tajuk utama akhbar di seluruh dunia pada bulan Jun lalu selepas terselamat dalam nahas pesawat dan hilang 40 hari di dalam hutan Amazon.
Warga Pakistan mengaku tidak bersalah cabul wanita Perancis
Muhammad Akhtar membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret.
Pembantu juruselam ditahan cabul pelancong ketika selam skuba
Kejadian berlaku pada Jumaat ketika mangsa berusia 25 tahun melakukan aktiviti selam skuba.