Tiga lelaki warga Indonesia maut manakala tiga yang lain masih dirawat di Hospital Likas di sini setelah dipercayai terhidu gas beracun hidrogen sulfida daripada sebuah tempat penyimpanan ikan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Chandra Muthu dalam kenyataan media berkata kejadian berlaku di kapal nelayan tempat kesemua mangsa bekerja di jeti Pelabuhan Sabah.

Katanya, polis menerima dimaklumkan mengenainya sekitar 8.40 pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar 7.30 pagi dimana mangsa pertama dikatakan telah membuka peti tempat penyimpanan ikan yang terdapat di bahagian hadapan kapal untuk memunggah tangkapan sebelum didapati maut.

Melihat kejadian itu, mangsa kedua dan berikutnya telah masuk ke ruangan tersebut untuk membantu namun mereka mereka juga akhirnya jatuh pengsan, seorang daripadanya kemudiannya meninggal dunia.

seorang daripada mangsa yang maut dalam kejadian itu terjatuh ke dalam tong simpanan ikan di atas kapal berkenaan selepas membuka penutup tong.
Mangsa yang maut di tempat kejadian dikenali sebagai Sandrianto Julkifli, 22, dan Imran Ladia, 41 manakala Risali Lapariama, 25, meninggal dunia di hospital.

Hasil laporan awal daripada pihak bomba mendapati bahawa di dalam ruangan penyimpanan ikan tersebut terdapat gas berbahaya jenis hidrogen sulfida yang melebihi paras bahaya dan boleh menyebabkan maut.

Gas tersebut dipercayai terhasil daripada penyimpanan ikan lama yang melebihi tempoh tanpa sistem pengudaraan yang baik.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut dan mangsa yang meninggal dihantar ke hospital untuk bedah siasat.