Tiga pelajar sekolah hilang dijumpai selamat

Tiga pelajar sekolah hilang dijumpai selamat
Ketiga-tiga mereka dilaporkan hilang sejak petang semalam selepas mengikuti latihan rumah sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau.
KANGAR: Ketiga-tiga penghuni Rumah Kanak-Kanak Arau, Guar Nangka yang dilaporkan hilang pada Khamis ditemui selamat di Stesen Keretapi Taiping pada kira-kira pukul 6.30 petang ini.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Maarof berkata seorang daripadanya Nirosha A/P Nantha Gopal, 14, sudah pulang ke Rumah Kanak-kanak Arau manakala kakaknya Nishanty, 17, dan rakannya Amira Anisa Aziman, 16, masih lagi berada di Balai Polis Taiping.
"Menurut keterangan mereka mahu ke rumah saudara kepada Amira Anisa di Taiping untuk menghilangkan rasa bosan," katanya.

Kes akan ditutup apabila Balai Polis Taiping mendapat pengesahan lanjut daripada ketiga-tiga mereka, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, pada Jumaat.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan hilang sejak petang semalam selepas mengikuti latihan rumah sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Arau.

Ketiga-tiga mereka ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Arau atas perintah mahkamah kerana diabaikan keluarga.

-- BERNAMA

Tag: Rumah Kanak-Kanak Arau, Guar Nangka, Stesen Keretapi Taiping, Polis Daerah Arau, Nirosha A P Nantha Gopal, Nishanty, Amira Anisa Aziman, hilang


Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.