KOTA BHARU:Polis menahan tiga pelajar susulan kejadian letupan di Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidek berkata, kesemua suspek berusia 15 tahun dan merupakan pelajar di sekolah yang sama.

"Mereka di tahan petang semalam di rumah masing-masing manakala seorang lagi rakan mereka menyerah diri kepada polis.

Bom yang mereka baling menyebabkan kerosakkan cermin tingkap melibat empat bilik iaitu bilik disiplin, bilik hal ehwal akademik, bilik kaunseling dan dewan sekolah," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Serangan bom berlaku jam 11.34 pagi semalam dan mengakibatkan 80 bilah cermin tingkap pecah.

Suspek menyerang menggunakan bom diperbuat daripada mercun bola dan karbait yang di isi dalam cawan plastik dan dibalut menggunakan getah tiub motosikal.

Kesemua suspek tiada rekod jenayah dan ujian air kencing juga menunjukkan mereka negatif dadah.

Kes di siasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.