Tiga anggota polis ditahan kerana disyaki menyamun sebuah rumah didiami enam individu di sini tengah malam tadi.
Timbalan Ketua Polis Kelantan Datuk Din Ahmad berkata anggota berpangkat sarjan yang bertugas di Terengganu dan dua konstabel yang bertugas di negeri ini ditahan kira-kira tiga jam kemudian selepas mangsa membuat laporan polis mengenai kejadian itu yang berlaku 12.05 tengah malam.
"Perbuatan mereka amat menjijikan kerana tugas mereka sepatutnya melindungi orang awam dan bukan bertindak sebaliknya. Polis Diraja Malaysia tidak akan sesekali berkompromi dengan anggota sebegini dan perlu dikenakan tindakan tegas," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini.
Din berkata berdasarkan laporan mangsa, tiga anggota itu pergi ke sebuah rumah sewa didiami enam individu berusia antara 19 dan 41 tahun sebelum mengarahkan kesemua mereka menyerahkan dompet serta wang yang dimiliki.
"Selepas memperoleh sedikit wang ketiga-tiga mereka tidak berpuas hati dan membawa dua lagi mangsa ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan mengeluarkan sebanyak RM2,000 lagi. Keseluruhan wang yang berjaya disamun adalah sebanyak RM2,710," katanya.
Beliau berkata selepas laporan dibuat oleh mangsa, satu pasukan yang terbabit dalam Ops Cantas telah bertindak dan berjaya menahan seorang anggota berpangkat sarjan berdekatan Jalan Kota Bharu-Kuala Krai di sini pada 2.30 pagi.
Katanya ketika ditahan berlaku pergelutan namun suspek berjaya ditahan dan polis turut merampas sepucuk pistol dan 10 butir peluru yang dikenal pasti milik PDRM.
"Susulan penahan suspek pertama, dua lagi suspek berjaya ditahan di Kubang Kerian di sini tidak berapa lama kemudian dan kesemua mereka kini direman mulai hari ini hingga 22 Ogos ini untuk siasatan lanjut," katanya.
Beliau berkata siasatan mendapati ketiga-tiga suspek tidak menggunakan pistol untuk mengugut mangsa tetapi menunjukkan gari selain pistol yang terselit di pinggang bagi menakutkan mangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 16 2018
Tiga anggota itu pergi ke sebuah rumah sewa didiami enam individu berusia antara 19 dan 41 tahun sebelum mengarahkan kesemua mereka menyerahkan dompet serta wang yang dimiliki. - Gambar hiasan
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Empat laporan polis terhadap JAHEAIK
Empat laporan polis dibuat terhadap JAHEAIK, dipercayai susulan operasi jabatan berkenaan terhadap sekumpulan individu didakwa pengikut Syiah pada 30 Ogos lepas.
Bunuh tiga beranak: Pasukan petugas khas ditubuh jejaki suspek utama
Polis Kelantan sudah mengenal pasti suspek utama yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh tiga beranak di Taman Bahagia, Jalan Wakaf Mek Zainab.
Polis Kelantan tahan lelaki dipercayai seludup senjata api
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Din Ahmad berkata lelaki berusia 24 tahun itu kelihatan mencurigakan ketika cuba melalui sekatan jalan raya pada pukul 4 pagi Khamis lepas.