Hasrat empat keluarga untuk meraikan tetamu mereka yang berkunjung sempena sambutan Aidilfitri tidak kesampaian apabila rumah mereka dijilat api.
Tiga buah kediaman yang menjadi tempat berlindung 17 penghuni itu terletak di Batu Dua, Jalan Kuala Krai, Kota Bharu.
Selain ketiga-tiga rumah itu, sebuah gudang tempat menyimpan barang turut terbakar dalam kejadian yang berlaku pada waktu tengah hari Khamis.
Dalam kejadian itu, api memusnahkan bahagian dapur di dua daripada tiga buah rumah yang terbakar manakala sebuah lagi kediaman dan gudang berkenaan hangus 100 peratus.
Menurut pemilik salah sebuah rumah itu, Mohd @ Ibrahim Hamad @ Mohd, 71, berkata, ketika kejadian, dia bersama ahli keluarganya tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan.
Kata Mohd, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dihubungi oleh jirannya, dia terus bergegas pulang sebelum mendapati sebahagian daripada rumahnya terbakar.
Sementara itu, Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Tunjung, Che Zamri Che Ya berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 12 tengah hari.
Beliau berkata, sebanyak 40 anggota bersama lima buah jentera dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran daripada memusnahkan beberapa buah rumah lain yang berhampiran.
Pihaknya juga, kata Che Zamri, masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.
Muhafandi Muhamad
Thu Jun 06 2019
Api yang marak telah memusnahkan bahagian dapur dua daripada tiga buah rumah yang terbakar. - Gambar Astro AWANI
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Tangisan anak bongsu Noor Rahiza undang sebak
Tangisan anak bongsu Bintara Muda TNL Noor Rahiza Anuar yang berusia enam tahun ketika melihat jenazah ibunya dikebumikan malam tadi mengundang rasa sebak sehingga membuatkan ramai hadirin turut menangis.
Akaun Fleksibel KWSP: Pengeluaran tahun pertama dianggarkan cecah RM25 bilion
Akaun 3 KWSP yang menjadi tumpuan ramai, dikenali sebagai Akaun Fleksibel dan merupakan pilihan bagi sejumlah 16.07 juta ahli.
Lelaki ragut wanita di Klang menangis dipenjara lima tahun, dua sebatan
Tertuduh, Muhammad Syafiei Hasan, 24, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Hakim, Sharifah Hascindie Syed Omar.
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
'Ingatkan prank...' - Gugur air mata Cik B imbau kehilangan dua abangnya dalam kebakaran
Anak kepada usahawan popular Datuk Seri Vida, Cik B mengimbau detik-detik duka ketika kehilangan dua abang tercinta dalam kebakaran sekitar 10 tahun lalu.
Kampung Sundang Laut terbakar, 150 penduduk hilang tempat tinggal
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.50 pagi itu, sebanyak 30 buah rumah penduduk Kampung Sundang Laut, Batu Sapi, Sandakan hangus dijilat api.
Tragik! Rumah pusaka ibu tunggal musnah dijilat api
Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
Tiga rumah, sebuah gudang terbakar di Kuala Krai
Hasrat empat keluarga untuk meraikan tetamu mereka yang berkunjung sempena sambutan Aidilfitri tidak kesampaian apabila rumah mereka dijilat api.
10 rumah musnah dalam dua kejadian kebakaran di Sabah
Sebanyak lima buah rumah musnah dijilat api di Kampung Merotai Besar Tawau pada jam 12.40 tengah malam Khamis.