KULAI: Enam mangsa cedera, tiga daripada mereka dalam keadaan parah apabila kenderaan jenis Toyota Estima yang dinaiki terbabas dan jatuh ke dalam gaung sedalam 30 meter di kilometer 28.8 Lebuh raya Utara -Selatan arah Selatan Kulai, malam tadi.
Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Bahtiar Selamat berkata kesemua mereka adalah sekeluarga.
Katanya mangsa yang cedera parah ialah Syaidi Mohd Nor, 48 (pemandu), Azlina Nazarudin, 45 (penumpang sebelah pemandu) dan wanita berusia 20 tahun.
"Tiga lagi yang cedera ringan ialah wanita berusia 20an dan dua kanak-kanak lelaki.
"Terdapat tiga mangsa mengalami kecederaan parah dan berada di bahagian bawah gaung.
"Difahamkan kesemua mangsa dalam perjalanan pulang ke kampung dan dipercayai dari Senawang, Negeri Sembilan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini, hari ini.
Katanya semua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai menggunakan ambulan KKM.
"Manakala tiga mangsa cedera ringan diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital sama," katanya.
Siti Nur Aqilla Omar
Tue Oct 19 2021
Semua mangsa yang cedera parah dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim. - Foto ihsan JBPM
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Lari fokus, abai kesihatan antara masalah utama jemaah
Beberapa masalah jemaah haji Malaysia, antaranya terlalu tumpukan kepada ibadat sunat dan abai soal kesihatan dikumpul hasil pemerhatian bekas petugas Tabung Haji (TH) sepanjang lebih 30 tahun berkhidmat. Namun, semua masalah ditangani secara bijak oleh petugas TH yang menggalas tanggungjawab.
Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar meninggal dunia
Allahyarham difahamkan menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.15 pagi tadi.
Dua lelaki cedera, kereta terbabas, terbakar
Kedua-dua mangsa itu berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
Wanita cedera kereta dipandu terbabas ke dalam gaung
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya.
Penumpang maut, kereta terbabas langgar tunggul
Kereta mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan terlanggar tunggul pokok di sebelah kanan jalan.
Padah buat aksi drift hingga langgar 4x4, pemandu kereta ditahan
Polis berkata pemuda tempatan berusia 20 tahun itu disyaki melakukan aksi berkenaan sekitar jam 12.15 tengah malam tadi.
Remaja maut nahas tiga kenderaan selepas main futsal
Kedua-dua penunggang motosikal tidak memakai topi keledar ketika kejadian dan kenderaan masing-masing telah tamat tempoh cukai jalan.
Remaja rentung, bas pelancong bawa 28 penumpang terbakar
Bas berkenaan terbakar 100 peratus selepas melanggar sebuah motosikal yang terbabas lebih awal di lokasi kejadian
Guru petugas peperiksaan maut pacuan empat roda terbabas
Seorang guru lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dalam perjalanan ke sekolah.
Warga emas usia 70 tahun maut kereta terbabas
Ketika kejadian, mangsa dipercayai sudah tidak sedarkan diri dan kereta tersebut telah terbabas ke arah pembahagi jalan.
Anggota polis maut ketika bertugas, motosikal terbabas elak haiwan liar
Mangsa lelaki yang menaiki motosikal jenis Honda RS itu terbabit dalam kemalangan ketika sedang menjalankan tugas.
Lelaki cedera parah kereta rempuh kedai
Kereta mangsa dipercayai terbabas sebelum merempuh sebuah kedai di tepi jalan.