Tiga sektor ekonomi negara iaitu pembuatan, pembinaan dan pertanian yang terjejas teruk akibat pandemik COVID-19, kini sudah beransur pulih, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkata, walaupun sektor pembinaan swasta masih bergelut tetapi kerja-kerja bagi projek kerajaan yang disambung semula telah membolehkan banyak syarikat pembinaan kembali beroperasi.
"Keseluruhannya ekonomi Malaysia masih menghadapi cabaran tetapi sudahpun ada tanda-tanda pemulihan," katanya pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (Recoda) dan komuniti perniagaan negeri ini, di sini, pada Sabtu.
Mustapa berkata, sektor pelancongan dan lain-lain sektor perkhidmatan termasuk perkhidmatan profesional dan sektor peruncitan mengalami kemerosotan yang amat teruk sepanjang tempoh pandemik berkenaan.
Menurutnya, walaupun sektor pelancongan domestik sudah menunjukkan sedikit pemulihan tetapi disebabkan pelancongan luar negara masih belum dibuka ia tidak dapat pulih sepenuhnya.
Selain itu, katanya, kadar pengangguran bagi bulan Mei juga semakin menunjukkan pemulihan iaitu 5.3 peratus di peringkat kebangsaan dan dijangka terus pulih bulan ini.
Sementara itu, Mustapa berkata beliau yakin dengan prospek kemajuan di Sarawak serta kerjasama baik antara kerajaan negeri dan pusat akan membawa kepada pembangunan yang lebih besar.
Katanya, tumpuan negeri Sarawak adalah kepada ekonomi digital dan kelestarian alam sekitar yang menjadi tonggak utama pembangunan negeri.
"Kerajaan negeri Sarawak juga telah menyediakan insentif dan pakej berjumlah RM2.5 bilion untuk membantu rakyat, khususnya rakyat kumpulan B40 dan perusahaan kecil dan sederhana di negeri ini, yang merupakan pakej terbesar berbanding negeri-negeri lain," katanya.
Di samping itu, katanya, kerajaan negeri Sarawak juga mempunyai perancangan pembangunan perniagaan di perbatasan negara (perdagangan sempadan) dengan Indonesia dan Brunei, yang potensinya cukup besar apabila Indonesia memindahkan ibu kotanya dari Jakarta ke Kalimantan Timur.
"Syarikat luar negara termasuk dari Jepun dan Cina akan menambah pelaburan mereka di negeri ini dan bermakna sektor pelaburan di negeri ini akan berkembang pesat," kata Mustapa.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 18 2020
Mustapa berkata, sektor pelancongan dan lain-lain sektor perkhidmatan termasuk perkhidmatan profesional dan sektor peruncitan mengalami kemerosotan yang amat teruk sepanjang tempoh pandemik berkenaan. - Gambar fail/BERNAMA
Piala Asia B-23: Indonesia ajar Australia cara main bola
Walaupun Australia mendominasi perlawanan pada separuh masa kedua, kehandalan benteng pertahanan Indonesia mudah mematahkan serangan demi serangan.
Situasi terkini letusan Gunung Ruang di Sulawesi
Untuk berkongsi perkembangan terkini letusan Gunung Berapi Ruang, di talian secara Google Meet ialah Feri Ariyanto, komunikasi badan nasional pencarian dan pertolongan (Basarnas) Manado Sulawesi.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan ketenteraan lanjut
Iran memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa Israel mesti dipaksa untuk menghentikan sebarang operasi ketenteraan selanjutnya terhadap kepentingan Iran.
Penumpang kecewa penerbangan dibatalkan tanpa notis awal
Beberapa penumpang di Lapangan Terbang Sulawesi, Indonesia merungut penrbangan mereka dibatalkan tanpa notis awal susulan gunung berapi Ruang meletus sejak kelmarin sehingga mengeluarkan abu bahaya ke udara sekali gus membahayakan keselamatan.
Amaran tsunami boleh mencapai 25 meter
Badan Geologi, Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia mengingatkan potensi tinggi gelombang tsunami yang diakibatkan oleh letusan Gunung Ruang di Kabupaten Sitaro, Sulawesi Utara mencapai 25 meter.
Banjir di Selangor menurun kepada 364 orang
Banjir di Melaka dan Negeri Sembilan pulih sepenuhnya setakat 8 malam tadi selepas kesemua mangsa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
Menurut laporan terkini info Bencana JKM, setakat 6 pagi Jumaat mangsa banjir di Selangor pula sedikit menurun kepada 364 orang pagi ini berbanding 483 yang dilaporkan pada malam Khamis.
DXB dijangka beroperasi semula dalam tempoh 24 jam
Terminal 1 dan Terminal 3 telah pun memulakan normalisasi secara beransur-ansur, menyebabkan pergerakan lebih lancar, katanya dalam kenyataan kepada Agensi Berita Emirates (WAM).
Bakal jemaah haji tidak ragu-ragu memilih TH
Berdasarkan reputasi dan kewibawaan menguruskan jemaah haji untuk tempoh yang lama, pasangan suami isteri, Azahar Mahamud dan Rohani Abdul Ghani tidak ragu-ragu memilih TH menguruskan mereka secara muassasah bagi musim haji 1445H/2024M.
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.