Tiga termasuk kanak-kanak maut terperangkap kebakaran

Tiga termasuk kanak-kanak maut terperangkap kebakaran
Kanak-kanak berusia masing-masing 10 dan tujuh tahun antara mangsa maut dalam kebakaran di Kampung Sungai Isap, Kuantan. - Foto Astro AWANI
KUANTAN: Tiga termasuk dua kanak-kanak maut dipercayai akibat terperangkap dalam kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kampung Sungai Isap di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Nor Hisham Mohammad berkata, mangsa yang maut ialah wanita dewasa berusia dalam lingkungan 30-an dan kanak-kanak berusia 10 dan tujuh tahun.
Identiti mangsa, bagaimanapun setakat ini masih belum dapat dikenalpasti.

"Semua mangsa ditemui di sebuah rumah yang musnah 100 peratus dan mereka dipercayai terperangkap ," katanya di sini, hari ini.

-- BERNAMA