Tutup

Tiga wanita termasuk dua beradik lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar

Tiga wanita termasuk dua beradik lemas ketika mandi di Pantai Batu Layar
Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati tiga mangsa lemas yang dilaporkan telah dijumpai oleh orang awam. - Foto JBPM
KOTA TINGGI: Tiga wanita, termasuk adik-beradik lemas ketika sedang mandi di kawasan Pantai Batu Layar, Desaru, di sini.

Ketua Balai Penawar, Penguasa Bomba Kanan Mohd Fadli Ismail berkata pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu dari orang awam kira-kira 5.35 petang dan lapan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pungai digegaskan ke lokasi.

Katanya, setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati tiga mangsa lemas yang dilaporkan telah dijumpai oleh orang awam.

"Mangsa yang lemas adalah adik-beradik Siti Hajjar Adila Mohd Rohim, 25 dan Ummu Sulaiin Mohd Rohim, 23 serta seorang lagi wanita Asiah Abdul Rahman, 41.
"Status hubungan adik-beradik dan wanita itu tidak diketahui, namun difahamkan mangsa ke sana untuk ke rumah ibu sedara mereka.

"Mangsa telah hanyut kira-kira 3 kilometer dari tempat dilaporkan lemas," katanya dalam satu kenyataan.
Kata Mohd Fadli, punca kematian masih dalam siasatan.

"Ketiga-tiga mangsa telah disahkan meninggal oleh pihak KKM dan mayat kesemua mangsa diserah kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.





Tag: Pantai Batu Layar, Desaru, Balai Penawar, BBP Pungai, Siti Hajjar Adila Mohd Rohim, Ummu Sulaiin Mohd Rohim, Asiah Abdul Rahman



Komen Anda?

* Klik pada "Sort by" untuk kemaskini komen

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.