Tiga warga Amerika Syarikat (AS) diarah meninggalkan Sabah segera kerana masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah, kata Pengarah Imigresen Sabah Datuk Dr Muhamad Sade Mohamad Amin.
Katanya, tiga warga AS itu yang terdiri daripada seorang lelaki berumur 38 tahun dan dua anaknya seorang lelaki dan perempuan masing-masing berumur 14 dan 16 tahun, telah masuk ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 2017, namun pasport mereka kemudiannya dilaporkan hilang.
"Ketiga-tiga mereka datang ke Pejabat Imigresen Tawau pada 7 Jan lepas bagi mendapatkan bantuan memandangkan mereka telah kehilangan pasport antarabangsa dan telah memohon untuk mendapatkan gantian pasport yang baharu dari negara mereka.
"Mereka telah hadir ke Pejabat Imigresen yang berhampiran (Tawau) untuk mendapatkan bantuan setelah mendapat khidmat nasihat daripada pihak Kedutaan AS di Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muhamad Sade berkata kedutaan AS di Kuala Lumpur telah menghubungi Pejabat Imigresen Tawau agar memberikan bantuan sewajarnya kepada ketiga-tiga mereka.
"Siasatan lanjut telah dijalankan dan didapati bahawa ketiga-tiga mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas atau permit yang sah.
"Kertas siasatan telah dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Negeri Sabah dan mereka dikenakan kompaun dan diusir balik ke negara asal," katanya.
Muhamad Sade berkata Jabatan Imigresen Sabah sentiasa mengingatkan semua warga asing yang masuk ke negeri ini agar melaporkan diri di mana-mana Pejabat Imigresen terdekat sekiranya mengalami masalah seperti kehilangan pasport.
Jabatan itu juga berharap agar semua warga asing sentiasa mematuhi undang-undang, terutamanya peraturan imigresen di Sabah, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 10 2020
Kedutaan AS di Kuala Lumpur telah menghubungi Pejabat Imigresen Tawau agar memberikan bantuan sewajarnya kepada ketiga-tiga mereka.
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.
Tentera Laut Amerika bangunkan senjata gelombang mikro tangkis dron
Sistem menangkis senjata semasa tidak direka untuk memusnahkan dron dan kosnya juga adalah lebih tinggi berbanding senjata yang menyerang.
AS, Israel dijangka bincang serangan ke atas Rafah Isnin ini
Seorang delegasi Israel pada asalnya dijadualkan tiba pada minggu ini untuk mendengar kebimbangan AS mengenai serangan itu dan akan diberikan pandangan alternatif.
YouTube uji penggunaan AI untuk elak anda bosan, lompat ke bahagian menarik
Ia akan mengambil kira corak tontonan seseorang dan seterusnya melalui integrasi AI membawanya ke bahagian yang dia akan suka tonton.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.