Sebelah pagi, tempat menjual barangan basah, sebelah petang tempat tikus maharajalela.

Itu situasi yang didepani peniaga-peniaga di Pasar Pudu sejak sekian lama.

Tinjauan Astro Awani mendapati Pasar Pudu antara lokasi sarang tikus yang terbanyak di Kuala Lumpur.

Kewujudan tikus yang membiak dengan banyak dan bebas berkeliaran di pasar itu pastinya menimbulkan rasa mual dan tidak selesa.

Namun bagi para peniaga, bagi mereka, ia seperti perkara biasa yang dilalui setiap hari.

Tikus di Pasar Pudu

Bukan sahaja dalam pasar, malah gerai di luar pasar ini juga menjadi laman permainan tikus ini.

Ikuti laporan wartawan Astro Awani Tan Su Lin yang sempat mengikuti operasi pemantauan kebersihan di Pasar Pudu bersama agensi pemantauan, Solid Waste Corporation yang dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) baru-baru ini.