Tindakan kerajaan memohon perintah ekstradisi membawa pulang tiga suspek utama kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian yang kini dalam tahanan Thailand untuk dibicarakan, dipuji Kementerian Pertahanan.
Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mohd Johari Baharum mengakui, apabila terlalu lama masa diambil untuk menyelesaikan sesuatu perkara, maka tindakan itu dibimbangi akan membuka peluang kepada amalan tidak berintegriti.
Katanya, isu pemerdagangan manusia adalah isu bersifat global yang kompleks dan Malaysia ketika ini adalah antara negara yang sedang berhadapan cabaran besar dalam menanganinya.
“Isu ini dipersoalkan jadi kita berharap supaya ia dapat diselesaikan dengan segera.
“Sekiranya mereka dapat dibawa balik dan diambil tindakan segera barangkali isu ini dapat diselesaikan,” kata Mohd Johari selepas menyampaikan sumbangan kepada 182 warga emas termasuk ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) peringkat Parlimen Kubang Pasu di Masjid Kampung Naga, Jitra, Kedah.
Pada Khamis, dalam lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke tapak Projek Pembinaan Bersepadu ICQS Bukit Kayu Hitam, beliau memberitahu, negara sedang membuat proses permohonan perintah ekstradisi untuk membawa pulang tiga suspek utama kes pemerdagangan manusia di Wang Kelian, Perlis yang kini dalam tahanan Thailand untuk dibicarakan.
Menurut Ahmad Zahid, ketiga-tiga suspek merupakan orang terpenting dalam kes yang menggemparkan Asia Tenggara pada 2015.
Hasil risikan, ketiga-tiga suspek merupakan dalang utama kes berkenaan.
Astro Awani
Sat Jun 03 2017
Tindakan kerajaan memohon perintah ekstradisi membawa pulang tiga suspek utama kes pemerdagangan manusia di wang kelian yang kini dalam tahanan Thailand untuk dibicarakan, dipuji Kementerian Pertahanan. - Gambar fail
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei
Syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Dekan Institut Pengajian Siswazah Universiti Islam Melaka, Prof Dr Kamaruzaman Yusoff memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
'OIC, UNSC dah tak berguna!' - Pakar tidak tolak kemungkinan Israel serang negara sekutu Iran
Salawati berpandangan tidak mustahil untuk Israel menyerang negara berjiran Iran dengan tanggapan mereka sekutu yang bersekongkol dengan negara itu.
Sirul Azhar boleh mohon semakan sabitan hukuman mati - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, proses ekstradisi boleh dilakukan sekiranya sabitan hukuman mati berubah kepada hukuman lain seperti penjara sepanjang hayat.
Mahkamah Thailand akan putuskan ekstradisi ahli perniagaan Malaysia pada 18 Jan
Ahli perniagaan Malaysia yang dikehendaki, Teow Wooi Huat akan mengetahui nasibnya pada 18 Jan apabila Mahkamah Jenayah Bangkok memutuskan sama ada dia akan diekstradisi ke Malaysia atau China.
Sajat masih menyorok di Thailand - Polis
Polis masih menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa Thailand untuk mengekstradisi Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Sajat yang melarikan diri ke negara jiran itu.
Pencipta perisian antivirus McAfee ditemui mati di penjara Sepanyol
McAfee sedang menjalani hukuman penjara di Sepanyol atas tuduhan mengelak membayar cukai.
Kes tembak PGA: PDRM akan ekstradisi tiga suspek warga Thailand - KPN
Dalam kejadian yang berlaku pada November tahun lalu, dua anggota PGA diserang menyebabkan seorang daripada mereka terkorban.
Suspek kes tembak anggota PGA tidak dapat diekstradisi ke Malaysia
Menurut polis, ketiga-tiga suspek tersebut tidak dapat diekstradisi ke negara ini untuk ditangkap serta didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Roger Ng hantar representasi kepada Peguam Negara untuk semak tuduhan berkaitan 1MDB
Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Tan Hock Chuan yang mewakili Ng, 47, semasa pengurusan kes itu hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Muhammad Jamil Hussin.
Kemalangan maut: Wanita Amerika sedia temui polis UK, dengan syarat
Wanita Amerika yang pulang menggunakan imuniti diplomatik setelah terlibat pelanggaran maut kini sanggup bertemu polis - dengan syarat.
Modi tidak minta Malaysia ekstradisi Zakir Naik sewaktu pertemuan - Tun Mahathir
Perdana Menteri India, Narendra Modi tidak memohon sebarang tuntutan ekstradisi Dr Zakir Naik ketika bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Vladivostok, Rusia.
CEO Huawei sifatkan penahanan anak satu bentuk pengajaran
Katanya, Meng bakal menjadi seorang hero jika dia berjaya menempuhi ujian itu.