Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) akan mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor tapak pembinaan yang membina rumah kongsi pekerja tanpa mematuhi garis panduan ditetapkan.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata berdasarkan rekod pembinaan dan pemerhatian, pihaknya mendapati banyak rumah kongsi pekerja dibina di tapak pembinaan tanpa mengikuti garis panduan CIDB dan pihak berkuasa tempatan.
Katanya kegagalan kontraktor binaan mematuhi garis panduan yang ditetapkan boleh menyebabkan penularan wabak COVID-19 seperti yang berlaku di sebuah tapak pembinaan di Jalan Ampang dengan sebanyak 27 kes baharu dikesan semalam.
"Banyak (kontraktor) tapak pembinaan dilihat membina rumah pekerja dengan cara yang tidak sepatutnya dilakukan serta sangat kotor menyebabkan penularan wabak COVID-19 merebak dengan cepat dalam kalangan pekerja-pekerjanya.
"Saya telah mengarahkan DBKL dan CIDB untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kontraktor-kontraktor yang didapati tidak mengikuti peraturan ...kami tiada pilihan melainkan menutup seluruh tapak pembinaan itu, selain mengenakan kompaun terhadap mereka," katanya ketika siaran langsung di Facebook di sini, pada Ahad.
Annuar berkata pemantuhan dan pemeriksaan berterusan akan dilakukan oleh DBKL dan CIDB dari semasa ke semasa bagi memastikan kesemua tapak pembinaan di seluruh ibu kota bebas daripada jangkitan COVID-19.
Katanya sekiranya ada pekerja di tapak pembinaan yang didapati positif COVID-19, maka syarikat kontraktor itu mesti mengosongkan keseluruhan tapak dan rumah kongsi itu dengan pekerjanya perlu dikuarantin di pusat-pusat kuarantin yang digazetkan.
"Syarikat kontraktor juga perlu menanggung sendiri kos-kos kuarantin dan ujian saringan COVID-19 ke atas ratusan atau ribuan pekerja-pekerja mereka, terutamanya warga asing kerana mereka merupakan golongan berisiko menjangkiti wabak itu," katanya.
Sementara itu, Annuar berkata pihaknya juga tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap pemilik premis dan kediaman yang disewa kepada warga asing dalam jumlah yang terlalu ramai sehingga menyebabkan masalah kebersihan di kawasan itu.
"Misalnya di sesetengah taman perumahan, ada jiran-jiran tempatan takut untuk berada di kawasan itu kerana terlalu ramai warga asing yang mendiami kawasan itu menyebabkan keadaan kotor dan tidak selamat.
"Oleh itu, saya telah mengarahkan DBKL dan Alam Flora untuk membersihkan kawasan itu dan mengambil tindakan ke atas pemilik premis atau kediaman yang didapati memberi sewa kepada warga asing melebihi jumlah yang dibenarkan dalam satu rumah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 03 2020
Annuar berkata pemantuhan dan pemeriksaan berterusan akan dilakukan bagi memastikan kesemua tapak pembinaan bebas COVID-19.
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - Perangkaan
Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 dengan mata indeks mencatatkan 132.2 berbanding 129.9 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."
Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.
Pengarah Hydroshoppe dapatkan pasport untuk lawatan kerja
Mahkamah membenarkan Pengarah Hydroshoppe, Datuk Abdul Hamid Shaikh Abdul Razak Shaikh mendapatkan sementara pasport.
Nik Elin sah ahli Muafakat Nasional
Peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan beliau merupakan ahli Muafakat Nasional (MN).
Annuar Musa bidas Rafizi, tegaskan Pas paling tersusun
Annuar membidas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berhubung dakwaan parti Islam berkenaan tidak mempunyai kekuatan organisasi dan kelebihan bakat.
Shahidan, Annuar dilantik AJK Pas Pusat
Pelantikan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.
PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.
Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.
PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.