Pemandu yang ditangkap menyediakan perkhidmatan perkongsian kenderaan secara berbayar antara Singapura dan Johor, tanpa lesen kenderaan perkhidmatan awam yang sah (PSVL) boleh dipenjara dan didenda, menurut laporan CNA pada Sabtu.
Memetik Pihak Berkuasa Pengangkutan Darat (LTA) Singapura, portal berita itu melaporkan bahawa pihak berkuasa 'memandang serius' terhadap kenderaan dengan pendaftaran luar yang menyediakan perkhidmatan itu secara tidak sah.
LTA memaklumkan demikian sebagai menjawab pertanyaan CNA mengenai pelancaran Sameride - aplikasi mudah alih yang menawarkan perkhidmatan perkongsian kenderaan antara Johor dan Singapura. Laporan itu menyebut LTA akan mengambil "tindakan penguatkuasaan yang tegas" terhadap aktiviti haram itu.
LTA dilaporkan menjelaskan bahawa kenderaan dengan pendaftaran luar tidak dibenarkan menyediakan perkhidmatan pengangkutan penumpang rentas sempadan berbayar di Singapura tanpa PSVL.
"Mana-mana orang yang ditangkap menyediakan perkhidmatan menyewa, termasuk perkhidmatan perkongsian kenderaan rentas sempadan tanpa PSVL yang sah, boleh didenda sehingga S$3,000, dipenjarakan sehingga enam bulan atau kedua-duanya. Kenderaan yang digunakan juga boleh dirampas," jurucakap LTA dipetik sebagai berkata.
Menurut portal itu, pihak berkuasa menggesa orang ramai agar tidak menggunakan perkhidmatan itu yang disediakan oleh pemandu kenderaan tidak berlesen, kerana kenderaan berkenaan mungkin tidak diinsuranskan dengan liabiliti pihak ketiga.
"Penumpang kenderaan tersebut mungkin tidak berhak mendapat perlindungan insurans sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika menggunakan kenderaan tersebut," kata jurucakap tersebut.
Di laman webnya, Sameride menjangkakan aplikasinya akan beroperasi sepenuhnya untuk mereka yang berulang-alik Johor-Singapura bermula 30 Dis, 2019.
Ia menyatakan bahawa dalam tempoh dua minggu lepas, hampir 300 penumpang Johor - Singapura telah membuat pendaftaran awal di aplikasinya.
Sameride menganggarkan pengguna aplikasi yang berulang-alik antara Johor dan Singapura akan dapat mengurangkan kos perjalanan mereka sehingga 50 peratus berbanding perkhidmatan teksi.
Menurut Sameride, kesan jangka panjang operasi App bagi pengguna laluan Johor-Singapura itu ialah pengurangan trafik di tambak Johor dan Singapura.
Laluan pertama diwujudkan Sameride pada 2016 di Washington, DC Metro Area yang menyediakan perkhidmatan penumpang AS antara Woodbridge, VA dan Tysons Corner, VA.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 28 2019
Di laman webnya, Sameride menjangkakan aplikasinya akan beroperasi sepenuhnya untuk mereka yang berulang-alik Johor-Singapura bermula 30 Dis, 2019.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Hantaran hina Agong: JAINJ diminta sedia khutbah khas kepentingan doa sesama muslim
Kerajaan Johor telah mengarahkan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) untuk menyediakan draf khutbah solat Jumaat khas berhubung pengisian tanggungjawab mendoakan sesama muslim.
Johor mahu bina sistem Aliran Transit Automasi bertingkat atasi kesesakan
Kerajaan Johor berhasrat untuk membangunkan sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat di Johor Bahru bagi mengatasi kesesakan di bandar raya itu.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.
Polis kenal pasti 48 kawasan hotspot, 31 blackspot di Johor
Polis mengenal pasti 48 kawasan 'hotspot' dan 31 kawasan 'blackspot' berlakunya kemalangan di Johor terutama ketika musim perayaan ini.
Tiada catuan air di Johor - MB
Tiada catuan air akan dilaksanakan di Johor, meskipun berlaku penyusutan bekalan air di tiga empangan utama susulan cuaca panas ketika ini.
Tujuh projek RTB di Johor dijangka siap lebih awal pada 2027
Tujuh projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Johor dengan kos RM1.6 bilion mula dilaksanakan tahun ini dan dijangka disiapkan pada 2027, iaitu lebih awal daripada perancangan asal.
Rumah terbakar, persiapan raya dua keluarga musnah
Seramai 14 mangsa membabitkan dua keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Parit Selangor, Pontian musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10.30 pagi Sabtu.
Selepas 50 tahun, bubur lambuk tetel Masjid Jorak Elahi tetap diminati
Bubur lambuk tetel Masjid Jamek Jorak Elahi, Bukit Pasir, yang diagihkan secara percuma sentiasa ditunggu-tunggu penduduk sekitar sini apabila tibanya Ramadan.
Penuntut kolej jururawat hilang dijumpai di Johor
Penuntut Institut Latihan Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKMM) Nor Diana Mohd Najib yang dilaporkan hilang sejak 29 Feb lepas ditemukan selamat di Taman Scientex, Pasir Gudang, Johor.