Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pegawai agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang menyalahguna kuasa dalam hal membabitkan pendatang asing tanpa izin (PATI), terutama mereka yang bersekongkol dengan sindiket, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
"Kalau ada anggota yang terlibat melakukan kesalahan membawa masuk pendatang asing tanpa izin atau warga luar tanpa dokumen yang kita boleh anggap sebagai pemerdagangan manusia yang hanya beri kepentingan kepada sindiket semata-mata, ini semua kita akan ambil tindakan.
"Tindakan tegas ini sesuatu yang ada dalam peruntukan undang-undang dan kita mahu pegawai ini juga tidak bersama dengan kita lagi," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Menteri Dalam Negeri Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Chini di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3, yang turut dihadiri timbalannya, Datuk Seri Ismail Mohamed Said dekat sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Hamzah turut berterima kasih dan memuji peranan dimainkan anggota Rela yang banyak membantu kerajaan dalam menangani penularan pandemik COVID-19.
"Ketika ini pun Rela masih bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam memastikan rakyat mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan," katanya.
Hamzah turut mengumumkan peruntukan RM640,000 bagi memperbaiki Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang serta kuarters Balai Polis Paloh dan Balai Polis Chini dengan peruntukan masing-masing RM200,000 dan RM150,000, selepas melakukan lawatan ke bangunan-bangunan terbabit pada Sabtu.
Beliau menolak anggapan bahawa pengumuman peruntukan bagi memperbaiki aset PDRM semasa lawatannya ke Pahang pada hari ini, sebagai 'gula-gula politik' bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini.
"Peruntukan yang lulus serta-merta ini bukan 'gula-gula politik' kerana anggota polis yang mengundi di sini hanya 18 orang sahaja.
"Oleh kerana lawatan saya sebagai Menteri, apabila kita lihat ada yang perlu diperbaiki, maka kita akan bantu," katanya.
PRK DUN Chini dengan pengundian pada 4 Julai ini, menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Mohd Sharim Md Zain, 41, dan dua calon Bebas iaitu Tengku Datuk Zainul Hisham Tengku Hussin, 64, dan Mohd Shukri Mohd Ramli, 49 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 27 2020
Hamzah ketika dalam Majlis Menteri Dalam Negeri Bersama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Chini di Dewan Semai Bakti Felda Chini Timur 3 pada Sabtu. - Bernama
Arab Saudi dipilih pengerusi Suruhanjaya Status Wanita ke-69
Abdulaziz Alwasil dari Arab Saudi akan berkhidmat sebagai pengerusi sesi ke-69 CSW.
KBS kembali beri tumpuan ke sekolah
Kementerian Belia dan Sukan akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet berpotensi pada masa depan.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Pemandu bas kilang ditahan, rempuh penunggang motosikal sehingga maut
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.
Gagal capai sasaran, kerajaan tak boleh pandang ringan
Kegagalan Kerajaan untuk mencapai sasaran 30 juta pendaftar menjelang hujung bulan 3 ini harus dijadikan sebagai satu isyarat bahawa masih ada segelintir yang skeptikal tentang sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Kerajaan harus ambil cakna tentang keraguan orang ramai tentang sistem PADU sebagai satu mesej.
Menurut Presiden Persatuan Pengguna Siber Malaysia, Siraj Jali, masalah ini tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya,ia tercetus sebuah pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Arab Saudi dipilih pengerusikan Suruhanjaya Status Wanita (CSW) ke-69
Arab Saudi dipilih sebulat suara pada Rabu untuk mempengerusikan badan wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Suruhanjaya Status Wanita (CSW).
Tokoh Wartawan Negara 2014, meninggal dunia
2014, Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia di kediamannya 2 pagi Jumaat
ICJ arah Israel ambil tindakan atasi kebuluran di Gaza
ICJ berkata, rakyat Palestin di Gaza menghadapi keadaan hidup yang teruk, kelaparan dan kebuluran semakin meruncing.
Penipuan kewangan: Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana penipuan mata wang kripto yang disifatkan sebagai salah satu penipuan kewangan terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat.
OIC perlu tubuh pasukan pengaman
OIC perlu menubuhkan pasukan pengaman bagi menangani isu-isu berbangkit seperti penindasan ke atas rakyat Palestin.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
Kementerian Pertahanan garis lima fokus perkasa ATM
Kementerian Pertahanan menggariskan lima strategi tahun ini bagi memperkasakan hala tuju Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam mendepani cabaran.
Keprihatinan Agong pembakar semangat pertahan kedaulatan negara - Panglima ATM
Keperibadian tinggi Seri Paduka Baginda menjadi pendorong seluruh ATM berusaha memacu kecemerlangan angkatan tentera demi nusa dan bangsa.