Benar harga minyak di negara ini tidak menentu dan ditambah pula dengan peningkatan kos operasi, Gabungan Persatuan Pengusaha Bas Sekolah Malaysia (GPPBSM) sebelum ini ada mencadangkan untuk menaikkan tambang bas sekolah.
Bagi Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), Sekolah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2, Ustaz Mohd Faisal Al-Hafiz Mohd Noor, cadangan itu perlu disesuaikan dengan kualiti perkhidmatan yang diberikan pengusaha bas.
"Boleh kalau mereka nak naikkan, tetapi kena la naik taraf perkhidmatan juga.
"Contohnya, masih ada perkhidmatan bas sekolah ni kalau kita tengok sekarang, bas yang ada tu kita tengok pun takut.
"Mana dengan tiada pembantu pemandu, muatan lebih, tiada penghawa dingin ditambah malah merisikokan pelajar, kenaikan tambang nampaknya tidak berbaloi setakat ni," katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini hari ini.
Tambahnya, kalau pengusaha bas memikirkan kos operasi mereka sahaja yang meningkat, bukankah ia juga meningkatkan 'kos operasi' anak-anak?
Beliau turut menzahirkan harapannya untuk pihak pengusaha bas sekolah turut memahami cabaran yang turut dihadapi ibubapa kini.
Biarpun senada dengan Mohd Faizal, Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Shahpandi Abdul Manan pula mahu cadangan kenaikan antara RM10 hingga RM20 itu dikurangkan.
"Saya berpendapat kenaikan yang dicadangkan itu boleh dikurangkan sikit kita mohonlah mereka kurangkan kepada separuh sahaja," katanya.
Astro Awani juga cuba mendapatkan respon daripada pihak Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berhubung isu ini.
Tiada respon diberikan pengurusan tertinggi SPAD memandangkan sejak 2016, kawal selia untuk tambang bas sekolah telah dimansuhkan dan setiap kadar yang dikenakan tertakluk kepada persetujuan antara pengusaha bas sekolah dengan ibubapa.
Pengusaha bas sekolah turut diberikan kemudahan subsidi petrol dan diesel oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sebagai langkah membantu mereka menghadapi kenaikan kos operasi.
Hilal Azmi
Wed Dec 06 2017
PIBG mahu pengusaha bas sekolah tingkatkan kualiti perkhidmatan - Gambar fail Astro AWANI
AWANI Ringkas: Akaun 3 KWSP diumum
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Barcelona: Xavi buat pusingan-U
Khabar angin bertiup bahawa pengurus Barcelona, Xavi, akan meneruskan peranannya pada musim depan selepas mengubah fikirannya.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel berlabuh wajar dicontohi
Tindakan kerajaan Malaysia melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel iaitu ZIM daripada berlabuh di mana-mana pelabuhan di negara itu, wajar dijadikan contoh.
Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Cucu kepada bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, menjadi antara peserta yang akan menyertai misi Break The Siege: Freedom Flotilla To Gaza yang dijadualkan memulakan pelayaran hari ini.
Bantah perang di Gaza meningkat di Universiti, Kolej A.S
Protes terhadap Israel memenuhi jalan-jalan di Brooklyn dan meningkat di universiti-universiti di seluruh Amerika Syarikat.
KMUM cela agenda dakyah zionis di Universiti Malaya
Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) dalam pada itu mengambil pendirian dengan tegas mengecam terhadap kenyataan dikeluarkan oleh ilmuwan pro-zionis di Universiti Malaya.
Penceramah zionis: Netizen kecam pensyarah label Malaysia Islam-fasis
Rata-rata mereka berkata, Ahli akademik pro Zionis itu tidak dialu-alukan di Malaysia dan ideologi Zionis tidak diterima di negara ini.
Pesawat bawa mendiang Joanna tiba di Kuching
Pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Laskar Kelas I JJM Joanna Felicia Rohna, 26.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
“Bukan makan minum sahaja, perkhidmatan ditawar & diguna juga perlu halal!”
Astro BIZOne beri jaminan siaran kandungan yang sah dan berkualiti tinggi untuk kepuasan pelanggan dan pemilik premis F&B.
COURTS teruskan program bubur lambuk bersama PPIM, umum kolaborasi eksklusif dengan Astro
Langganan percuma untuk tiga bulan atau rebat sehingga RM300 bagi setiap langganan baharu Pek Astro di COURTS.
Astro catat keuntungan RM44 juta pada suku keempat 2024
Astro berkata, meskipun dibelenggu keadaan makroekonomi tidak menentuia telah mencatatkan hasil dapatan sebanyak RM820 juta, suku ke suku.
All England Live: Enam wakil negara buru slot suku akhir
Zii Jia akan meneruskan perjuangannya dalam Kejohanan All England petang ini, bagi mengulangi rentak cemerlangnya di Birmingham.
Kempen 'Demi Rimba Kita': Pemanas badan Liga Malaysia seiring lindungi alam sekitar
Kempen hasil kerjasama Astro Arena dan Astro Kasih itu juga adalah sebagai pemanas badan untuk saingan Liga Malaysia 2024.
Keluang Man beraksi megah menerusi kolaborasi Astro Shaw, Wonda Coffee
Keluang Man Beraksi Megah Menerusi Kolaborasi Unggul Astro Shaw & Wonda Coffee
KPDN, Astro tekad perangi isu penyiaran tanpa lesen
Hasil pemeriksaan pada Sabtu mendapati hampir 70 peratus pemilik perniagaan terbabit disyaki menayangkan kandungan Astro tanpa menggunakan lesen yang sewajarnya untuk premis komersial.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Curi kandungan: Dua perusahaan bayar ganti rugi RM55,000 kepada Astro
Dua perusahaan bersetuju membayar ganti rugi berjumlah RM55,000 kepada Astro kerana menayangkan kandungan berhak cipta Astro kepada orang ramai di premis perniagaan tanpa kebenaran atau lesen Astro.