Telekom Malaysia Berhad (TM) diberi Surat Amaran Akhir serta digesa membetulkan semua bahan promosi dan iklan di semua saluran, selain membuat pelan komunikasi untuk pelanggan terjejas berhubung isu perubahan kelajuan muat naik pakej Unifi 500Mbps.
Menurut Suruhanjaya Kominikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan pada Jumaat, amaran berkenaan bagi mematuhi Seksyen 1.2 Kod Amalan Am Pengguna (GCC) dan suruhanjaya itu juga memandang berat kelemahan kawalan dalaman di TM hingga mencetuskan kekeliruan itu.
"Seksyen itu menghendaki pemberi perkhidmatan memberi maklumat yang mencukupi, tepat, benar, terbaharu dan dalam bahasa yang mudah serta tanpa berselindung kepada pengguna.
"MCMC akan memastikan bahawa hak pelanggan yang terjejas oleh kekeliruan yang timbul akibat perubahan maklumat pakej Unifi 500Mbps ditangani secara adil oleh TM.
"MCMC berharap kejadian ini menjadi peringatan kepada semua syarikat pemberi perkhidmatan agar memastikan kepentingan pengguna terus menjadi asas kepada semua amalan perniagaan," menurut kenyataan itu.
BACA: TM mohon maaf atas kesulitan, perjelas isu pakej 500 Mbps
BACA: MCMC mulakan siasatan terhadap pakej Unifi TM
MCMC berkata kegagalan mematuhi arahan-arahan yang dikeluarkan boleh menyebabkan tindakan diambil di bawah Seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
MCMC juga mengingatkan syarikat telekomunikasi itu agar mengamalkan cara perniagaan beretika sepanjang masa dengan memastikan bahan iklan dan promosi adalah tepat.
TM turut diingatkan untuk memastikan pelanggan menikmati kualiti perkhidmatan seperti dalam pakej langganan dan memaklumkan pelanggan mengenai isu yang mungkin menyebabkan pengalaman penggunaan perkhidmatan mereka terganggu.
MCMC kini sedang menyemak semula GCC agar pemberi perkhidmatan lebih prihatin dalam amalan berkaitan pengguna sekali gus menambah baik perlindungan terhadap pengguna.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 25 2020
TM diingatkan supaya memastikan pelanggan menikmati kualiti perkhidmatan seperti dalam pakej langganan.
[KOLUMNIS] Penyesuaian pesakit dengan stoma: 5 perkara yang perlu anda ketahui
STOMA merupakan bukaan usus di bahagian badan pesakit yang terhasil selepas pesakit menjalani pembedahan berkaitan usus.
Pasangan suami isteri, dua lelaki didakwa perdagang wanita Malaysia di Peru
Sepasang suami isteri dan dua lelaki yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdagang dua wanita Malaysia di Peru.
PM ucap selamat raikan Good Friday, Easter Sunday kepada penganut Kristian
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut hari Good Friday dan Easter Sunday kepada seluruh penganut Kristian.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA).
AWANI Ringkas: Jumlah hari tol percuma kekal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Pemuda Dong warisi perniagaan buah kabung
Proses mendapatkan buah yang turut dikenali sebagai buah nau dalam kalangan masyarakat utara itu rumit dan memerlukan kesabaran tinggi.
[KOLUMNIS] Malaysia perlu bijak tangani isu diplomatik, jangan biarkan dibuli negara besar
Sekiranya Malaysia hendak mengekalkan status sebagai sebuah negara berkecuali di samping menjaga kepentingan ekonomi negara, kepimpinan negara perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara.
Ada keperluan pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN
Terdapat keperluan untuk PDRM melakukan pindaan terhadap Seksyen 21 Akta Polis 1967, yang berkaitan dengan tugasan mengiring di jalan raya.
Kegiatan haram di KL: Lebih daripada seorang pegawai kanan polis dipercayai terlibat - Azam Baki
Lebih daripada seorang pegawai kanan Polis Diraja Malaysia dipercayai terlibat dalam aktiviti melindungi kegiatan haram di ibu negara, tegas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.
TM diberi surat amaran akhir, diminta perbetul maklumat promosi
Suruhanjaya itu juga memandang berat kelemahan kawalan dalaman di TM hingga mencetuskan kekeliruan itu.
TM mohon maaf atas kesulitan, perjelas isu pakej 500 Mbps
Telekom Malaysia Berhad (TM) menjelaskan tiada sebarang perubahan dibuat pada konfigurasi kelajuan muat naik bagi pakej unifi 500Mbps.