Persoalan siapa yang berhak memegang jawatan perdana menteri hanya boleh ditentukan oleh rakyat, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun sebaliknya, kata perdana menteri, Tunku Mahkota Johor (TMJ) pernah ditukar dahulu.

“Pada masa dulu, ada TMJ yang pernah ditukar kepada adiknya. Jadi, TMJ boleh ditukar.

"Perdana Menteri cuma rakyat boleh tukar,” kata Dr Mahathir pada sidang media, di sini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada video oleh Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dipetik berkata adalah lebih baik untuk menukar perdana menteri daripada memecat jurulatih JDT Benjamin Mora.

Dr Mahathir berada di China dalam lawatan lima harinya untuk menghadiri Forum Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) bagi Kerjasama Antarabangsa (BRF) kedua yang berakhir semalam.

Pada sidang media sama, beliau turut menjelaskan mengenai kos ECRL yang mungkin boleh dikurangkan lagi sekiranya skop kerja turut dikurangkan.

BACA: Kos ECRL boleh dikurangkan lagi mengikut skop kerja - Tun M