Toleransi antara kaum merupakan elemen penting dalam mengekalkan kerukunan dan perpaduan, terutamanya dalam kalangan masyarakat Sarawak, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.
Beliau yang juga Anggota Parlimen kawasan Batang Lupar berkata inilah keunikan masyarakat di Sarawak yang walaupun berbilang kaum dan agama tetapi saling hormat-menghormati antara satu sama lain serta dapat hidup aman harmoni.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pra Gawai Parlimen Batang Lupar di Rumah Panjang Sungai Nyamok di sini, malam semalam.
Katanya, majlis pra Gawai itu diadakan bagi menghormati bulan Ramadan yang dijangka disambut oleh masyarakat Islam serentak dengan Pesta Gawai tidak lama lagi.
Dalam ucapannya beliau turut berkongsi kisah anak perantau berketurunan Iban yang ditemui beliau baru-baru ini di Pesta Pra Gawai Masai, Johor.
Rohani berkata pemuda tersebut menetap di Johor Bahru dan bekerja di Singapura sanggup bergadai nyawa demi sesuap nasi dalam menyara keluarga dengan menjadi seorang penyelam.
"Sememangnya kaum Iban sangat terkenal dengan semangat perwira dan keberanian serta kesungguhan dalam kehidupan....semangat seperti inilah yang perlu diterapkan di kalangan anak muda agar ke mana sahaja bumi dipijak, langit tetap dijunjung," katanya.
Pada majlis yang sama bantuan dan sumbangan turut diedarkan kepada 133 penerima di sekitar Sebuyau dan tujuh kerusi roda turut diedarkan kepada klien Jabatan Kebajikan Masyarakat yang layak.
- BERNAMA
Bernama
Sun May 21 2017
ROHANI: Toleransi antara kaum merupakan elemen penting dalam mengekalkan kerukunan dan perpaduan, terutamanya dalam kalangan masyarakat Sarawak.
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Pemandu lori tolak kekasih dari tingkat 23 diperintah periksa mental
Majistret, Mohamed Redza Azhar Reza memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan daripada peguam, R Sivananthan yang mewakili tertuduh, V Nathan, 37.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Enam perayaan disambut minggu ini cerminkan kepelbagaian di Malaysia - Aaron
Perpaduan dan kepelbagaian kaum, budaya serta kepercayaan agama di negara ini adalah aset penting yang perlu dipelihara dan dipertahankan.
Kaum Cina Batu Pahat didedahkan dengan erti sebenar Aidilfitri
Hidayah Centre Batu Pahat mengambil pendekatan berbeza meraikan Aidilfitri dengan melaksanakan program yang turut melibatkan mereka yang bukan beragama Islam.
Sambutan Songkran untuk gerak tenaga kukuh perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri menyeru rakyat supaya menyingkirkan fitnah, prejudis dan sentimen yang memecah belah, sekali gus merugikan semua pihak.
Tradisi rumah terbuka wadah menyatukan rakyat - Chow
Penganjuran rumah terbuka disifatkan sebagai wadah dalam menyatupadukan rakyat berbilang kaum seterusnya berupaya mengukuhkan perpaduan ke arah mewujudkan masyarakat yang harmoni.
#MZB365: Perpaduan dan keharmonian kaum perlu dipertahankan
Tindakan Ahmad Zaharil menunjukkan bahawa semangat perpaduan masih terus berkobar di hati rakyat Malaysia, dan bahawa keadilan tidak mengenal batasan etnik atau agama.
Rakyat Malaysia boleh bersatu jika cari titik perpaduan - Ahmad Zaharil
Rakyat Malaysia perlu bersatu hati merai kepelbagaian tradisi dan budaya, kata peguam Ahmad Zaharil Muhaiyar.
Kerajaan negeri junjung titah Sultan Selangor untuk kukuhkan perpaduan
Kerajaan Selangor menjunjung tinggi titah Sultan Selangor, yang mahu orang Melayu terus mengangkat perpaduan dan memperkukuh keharmonian sesama masyarakat berbilang bangsa dan agama di negeri itu.
#MZB365: Faham, hormat dan terima untuk hidup bersama - Pakar
Ekosistem yang telah dibina bersandarkan perpaduan harus dijaga dan kebencian tidak boleh dibiarkan terus berleluasa.
Nilai budiman boleh disesuaikan dalam agenda MADANI - Pakar
Terdapat banyak persamaan seperti penekanan terhadap nilai perpaduan, keadilan, kemampanan dan kebijaksanaan dalam pembentukan insaniah.
Orang Melayu perlu kukuh keharmonian demi menunjukkan kekuatan bangsa, ummah - Sultan Sharafuddin
Negara yang rakyatnya tidak bersatu padu dan berpecah belah, tidak akan dapat mencapai kemajuan dan kejayaan yang diharapkan.