Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8), di Istanbul, Turki, Jumaat ini.
Kementerian Luar (Wisma Putra) dalam satu kenyataan hari ini berkata Ahmad Zahid dijadual menyampaikan kenyataan negara semasa sidang kemuncak itu.
"Timbalan Perdana Menteri juga dijadual memperkenalkan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari pada sidang kemundak kesembilan D-8, sebagai Setiausaha Agung D-8 yang baharu dan akan memulakan tugas pada 1 Januari 2018," katanya.
Ku Jaafar merupakan bekas Duta Malaysia ke Mesir, Brunei dan Qatar bakal menggantikan Dr Seyed Ali Mohammad Mousavi, yang telah berkhidmat sebagai Setiausaha Agung D-8 selama empat tahun, kata kenyataan itu.
Wisma Putra berkata Timbalan Perdana Menteri juga akan mengadakan mesyuarat dua hala dengan pemimpin-pemimpin negara anggota di luar sidang kemuncak, bagi membincangkan isu berkaitan kepentingan bersama.
Bertemakan "Mengembangkan Peluang Menerusi Kerjasama", sidang kemuncak kali ini juga adalah bersempena ulang tahun ke-20 D-8 yang ditubuhkan sejak 1997.
Wisma Putra berkata para pemimpin dijangka membincangkan dan mengkaji semula kemajuan serta pencapaian perkongsian selama dua dekad itu.
"Pemimpin-pemimpin juga bakal mencartakan hala tuju kerjasama ekonomi untuk dekad akan datang dalam enam perkara utama -- kerjasama industri dan perusahaan kecil dan sederhana; pertanian dan keselamatan makanan; pengangkutan; tenaga: mineral dan pelancongan," katanya.
Kenyataan itu berkata para pemimpin dijangka mengguna pakai dua dokumen rumusan sidang kemuncak itu, Deklarasi Istanbul dan Pelan Tindakan Istanbul D-8.
Wisma Putra berkata Deklarasi Istanbul mengulangi komitmen negara anggota ke arah matlamat D-8 dan kerangka kerjasama dalam mencartakan hala tuju strategik D-8 pada masa hadapan.
"Pelan Tindakan Istanbul D-8 pula menyenaraikan langkah-langkah dan inisiatif yang akan diambil dalam jangka masa pendek, pertengahan dan panjang untuk meningkatkan kerjasama ekonomi serta pembangunan dalam kalangan negara anggota," kata Wism Putra.
D-8 ditubuhkan pada 15 Jun 1997 di Istanbul, Turki sebagai mekanisme untuk kerjasama dalam sektor ekonomi lapan negara membangun terdiri daripada Bangladesh, Mesir, Indonesia, Iran, Malaysia, Nigeria, Pakistan dan Turki.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 18 2017
Ahmad Zahid akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8), di Istanbul, Turki. - Foto fail Bernama.
Manja Man pengendali baharu Kelantan FC
Bekas pemain pertahanan itu yakin Kelantan memiliki bakat muda yang mampu dibentuk menjadi pemain bernilai bagi pasukan kembali digeruni.
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
IMF semak naik unjuran KDNK Malaysia kepada 4.4 peratus bagi 2024
IMF menerusi Tinjauan Ekonomi Dunia terbaharunya juga menjangkakan pertumbuhan KDNK kekal pada 4.4 peratus dalam 2025.
Lelaki ditemui mati dengan 10 tetakan, seorang dicekup
Mangsa yang berbangsa Kayan, berusia 57 tahun, disyaki diserang menggunakan objek tajam.
Parti politik India perhebat dekati pengundi, bagi pusingan pertama pilihan raya kebangsaan
Modi berkata kerajaannya terus berusaha untuk pembangunan ekonomi wilayah timur laut itu.
Piala Asia B-23: Kesilapan individu hukum Harimau Muda berdepan Uzbekistan
Skuad negara ketinggalan di awal permainan berpunca kesilapan Muhamad Syahir Bashah yang menjatuhkan Ruslanbek Jiyanov dalam kotak penalti.
Pindah kerja atau kekal, gaji bukan sebab utama bagi pekerja Malaysia - Kaji selidik
Keinginan untuk mencari cabaran baharu sebagai sebab utama mengapa mereka memilih untuk berpindah tempat kerja di seluruh Asia.
Risiko konflik jejaskan jumlah kapal, pelayaran lebih lama pada separuh tahun pertama
Laluan Tanjung Harapan di Afrika menokok 4,000 batu kepada jarak pelayaran dan tambahan dua minggu masa transit.
Trafik internet Malaysia meningkat enam peratus pada suku pertama 2024 - Cloudflare
Malaysia catat peningkatan trafik internet keseluruhan sebanyak enam peratus pada suku pertama 2024 daripada suku keempat 2023.
Detik 100 hari ke Olimpik Paris, prospek negara masih samar
Genap 100 hari, atlet elit dari seluruh dunia dan ratusan ribu peminat sukan bakal berkumpul di Sungai Seine, Paris untuk upacara perasmian Sukan Olimpik 2024.
IoT untuk rangsang ekonomi negara anggota D-8 pasca COVID-19 - Muhyiddin
Malaysia sedang giat membangunkan industri berasaskan IoT seperti e-dagang, analitik data raya, kecerdasan buatan (AI), blockchain dan automasi.
Malaysia usul pengiktirafan sijil vaksinasi dalam kalangan negara D-8
Muhyiddin percaya bahawa ia akan mempercepatkan pembukaan semula sektor yang paling teruk terjejas.
Ambil iktibar sejarah lampau, elak perpecahan menghancurkan negara - Ahmad Zahid
Banyak catatan sejarah dunia boleh dijadikan iktibar terutama berkaitan kejatuhan sesuatu kerajaan dan empayar hanya kerana perbalahan sesama sendiri oleh pemimpin dan rakyat.
Pelantikan Ku Jaafar satu penghormatan kepada Malaysia
Pelantikan Datuk Ku Jaafar Ku Shaari sebagai Setiausaha Agung D-8 bukan sahaja menjadi sejarah kepada kumpulan kerjasama ekonomi tetapi juga bukti penghormatan terhadap sumbangan Malaysia.
Malaysia gesa anggota D-8 bantu pelarian Rohingya
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata negara anggota D-8 perlu membantu etnik Rohingya dengan cara mana yang boleh untuk meringankan keadaan sosioekonomi mereka yang menyedihkan.
TPM ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8
Ahmad Zahid akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak D-8 di Istanbul, Turki, Jumaat ini.
Anifah ketuai delegasi Malaysia ke Majlis Menteri-Menteri D8
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini berkata Anifah akan diiringi oleh pegawai-pegawai kanan daripada kementerian.