Timbalan Perdana Menteri Singapura, Teo Chee Hean berlepas pulang ke Singapura hari ini selepas mengadakan lawatan kerja tiga hari ke Kota Kinabalu, Sabah.
Teo dan isteri Chew Poh Yim bersama delegasi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu menerusi penerbangan komersial Malindo Air pada pukul 9.15 pagi ini.
Hadir di lapangan terbang untuk mengucapkan selamat jalan ialah Timbalan Ketua Menteri, Christina Liew dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datu Rusmadi Datu Sulai.
Dalam lawatan kerja tiga hari itu, Teo menghadiri sesi taklimat berhubung industri pelancongan Sabah oleh Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah selain beliau turut diraikan pada jamuan malam negeri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Teo turut mengadakan kunjungan hormat kepada Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin serta melawat Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Sepanggar.
Pada lawatan itu, Teo turut mengadakan perbincangan bersama Mohd Shafie bagi memperkukuh lagi hubungan dua hala antara Singapura dan Sabah termasuk dalam bidang ekonomi, perdagangan dan pelaburan khususnya sektor pelancongan, pendidikan teknikal dan vokasional serta pembangunan hartanah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 09 2018
Teo Chee Hean (kiri) bersama Christina Liew di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu sebelum berangkat balik ke Singapura setelah selesai mengadakan lawatan kerja ke negeri Sabah bermula Jumaat lalu. --fotoBERNAMA
Tiada kemunculan Amad, pertemuan Man United-Brentford
Kedua-dua pasukan Manchester United dan Brentford kehilangan seorang pemain kerana penggantungan untuk pertembungan Liga Perdana Inggeris Sabtu ini.
Singgah Sahur UMPSA santuni anak yatim, agensi keselamatan
Program Singgah Sahur UMPSA bukan sekadar bertujuan berkongsi rezeki, tetapi juga menjentik rasa keinsafan dan kesyukuran.
Sarawak Energy kini penaung Majlis Tenaga Dunia, pertama dari Asia Tenggara
Sarawak Energy secara rasmi menjadi penaung global Majlis Tenaga Dunia, sekali gus menjadikannya yang pertama dari rantau Asia Tenggara.
Dua lelaki tak mengaku rompak, menyamar polis
Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat atas pertuduhan melakukan rompak berkumpulan terhadap seorang lelaki, minggu lalu.
Pembinaan LRT Pulau Pinang tidak melibatkan tanah yang banyak
Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke Kerajaan Negeri P.Pinang telah kenal pasti jajaran tersebut dan meminimakan pengambilan tanah dan tidak melibatkan bangunan-bangunan yang banyak.
Kemalangan: 45 maut kemalangan bas di Afrika Selatan
Seramai 45 maut dan seorang cedera parah selepas terlibat dalam kemalangan bas berhampiran Mamatlakala di wilayah utara Limpopo, Afrika Selatan, pada Khamis.
'Fast track' Mahkamah Syariah selesai kes cerai dalam masa sehari
Perkhidmatan laluan pantas atau 'fast track' Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan yang diperkenalkan pada 2021 berjaya menyelesaikan kes antaranya cerai dalam masa sehari.
Ops Samba 2.0: Ketirisan akibat penyeludupan di Kargo KLIA cecah RM2 bilion - KP SPRM
Jumlah ketirisan akibat kegiatan sindiket penyeludupan babitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Kargo KLIA mencecah RM2 bilion bagi tempoh tiga tahun lepas.
Lebih 100 pelajar Nigeria berjaya dibebaskan tentera
Tentera Nigeria telah menyelamatkan pelajar dan kakitangan yang diculik oleh lelaki bersenjata dari sebuah sekolah di utara negara itu beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran wang tebusan sebanyak $690,000 dolar.
Pembinaan Projek LRT Laluan Mutiara disasarkan bermula tahun ini
Kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke, pelaksanaan keseluruhan projek dijangka memerlukan tempoh masa lebih kurang enam tahun dan disasarkan beroperasi pada tahun 2030.
Pelancong Korea 'serbu' Sabah, lapangan terbang sesak
Situasi berlaku susulan lima syarikat penerbangan dari Korea Selatan mendarat di KKIA pada jarak masa yang dekat.
Pendaki meninggal dunia akibat AMS, isteri stabil
Mangsa disahkan meninggal dunia jam 4.30 pagi selepas dibawa turun ketika mendaki gunung bersama isterinya yang turut mengalami AMS.
Sabah sasar kunjungan 2.2 juta pelancong tahun ini
Dalam mencapai sasaran itu, kerajaan negeri Sabah menggunakan kenderaan e-hailing bagi mempromosikan pelancongan Sabah.
Langkah pinda Perlembagaan rakyat lahir di luar negara disifatkan kejayaan hak sama rata
Langkah meminda Perlembagaan Persekutuan supaya kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia boleh mendapat kerakyatan secara automatik adalah kejayaan hak sama rata.
Kerjasama pembangkang dan GRS demi penuhi tuntutan rakyat - PH Sabah
Kesediaan Pakatan Harapan (PH) Sabah bekerjasama dengan kerajaan negeri bukan Memorandum Persefahaman (MoU) seperti yang dicanang pihak tertentu.
PH Sabah sedia jalin kerjasama bipartisan dengan GRS
Pakatan Harapan Sabah bersedia untuk kerjasama bipartisan bersama kerajaan negeri, Gabungan Rakyat Sabah (GRS) namun ingin merangka garis panduan yang jelas mengenai hubungan kerja mereka.
PKPD Tawau: Percepat bantuan, dengar denyut nadi rakyat
Keadilan harus diberikan kepada sekumpulan aktivis yang ditahan reman kerana melakukan tunjuk perasaan di Kampung Muhibbah Raya, Tawau kelmarin.
PRN Sabah: Dua muka baharu antara tujuh calon wanita yang menang
Rina Jainal (Warisan) dan Flovia Ng (Perikatan Nasional-STAR) antara wajah baharu yang mendapat mandat dalam PRN Sabah ke-16.
PRN Sabah: Shafie Apdal, Christina Liew, Frankie Poon menang
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senallang dengan majoriti 4,631 undi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 pada Sabtu.
PRN Sabah: Tunggu lama untuk mengundi, tak jadi masalah - Belia
Terpaksa menunggu dan beratur panjang di Pusat Mengundi di Sekolah Jenis Cina (SJC) Chung Hwa Air Keroh bukan penghalang untuk para pengundi menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat.