Kesesakan lebuh raya di Kilometer 372 arah utara, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) selepas Hentian Rehat dan Rawat (RR) Behrang pagi tadi ekoran kebakaran sebuah lori tangki kini telah beransur pulih dan lalu lintas juga telah kembali lancar.

Menurut laman Twitter PLUS Trafik, laluan lebuh raya PLUS ke arah utara telah beransur-ansur lancar sekitar pukul 2 petang selepas usaha pemadaman dan pengalihan kenderaan yang terlibat kemalangan selesai sekitar pukul 1 tengahari tadi.

Dalam insiden sekitar 8 pagi itu, tiga lori iaitu dua lori treler membawa muatan besi dan sebuah lori tangki berisi minyak diesel telah berlanggar yang mengakibatkan lori tangki minyak itu terbakar dan mengorbankan pemandu lori berkenaan.

BACA: Api marak lori terbakar di lebuh raya, laluan Slim River-Sungkai ditutup

BACA: Pemandu lori minyak maut terbakar dalam nahas jalan raya

Kebakaran itu telah menyebabkan kesesakan teruk sehingga lapan kilometer di lebuh raya tersebut.

— BERNAMA